Info Terkini :

Info Pasukan Terengganu

Info Pasukan T-Team

Info Bola Sepak Malaysia

Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Terengganu FA

Berikut ialah Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Terengganu FA :



Jadual Perlawanan Liga Super 2014 T-Team FC

Untuk anda yang selalu setia bersama kami, kami hidangkan kepada anda jadual penuh perlawanan yang melibatkan pasukan T-Team FC dalam Liga Super 2014.


Tugas Berat T-Team hadapi Liga Super 2014

Kuala Terengganu: Skuad T-Team berdepan tugas cukup berat apabila lima pasukan gergasi menanti pasukan itu pada lima perlawanan peringkat awal Liga Super 2014.

Pasukan jolokan The Titans itu akan memulakan kempen liga yang membuka tirai 18 Januari ini dengan bertemu Selangor, diikuti Johor Darul Takzim (DT) pada 25 Januari, Terengganu (28 Januari), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (8 Februari) dan Kelantan (15 Februari).

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya Ab Rasid Jusoh berkata, pihaknya tidak mahu memikirkan perkara berkenaan sekalipun sedar lima perlawanan awal itu cukup perit perlu ditempuhi skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah

Menurutnya, apa yang harus dilakukan adalah sentiasa bersedia dengan memperagakan permainan terbaik setiap kali beraksi dan beliau amat menaruh keyakinan yang T-Team mampu memberi saingan kepada pasukan terbabit.

“Saya melihat barisan pemain T-Team kini jauh berbeza pada musim lalu dan setiap posisi diperkuatkan pemain berpengalaman.

“Selain itu, bagi saya kebanyakan pasukan di peringkat awal masih lagi sedang berusaha mencari rentak permainan masing-masing. Oleh itu, saya berasakan semua pasukan seimbang dan seharusnya pemain T-Team mengambil kesempatan dengan masalah ini. “Saya juga percaya, jika pemain menunjukkan kesungguhan melawan tidak mustahil kami mampu menundukkan lima pasukan ini termasuk Johor DT yang berbelanja besar yang dipenuhi pemain bintang musim ini,” katanya semalam.

Beliau yang juga pengurus pasukan berkata, selepas mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan, pretasi pasukan T-Team dilihat semakin meningkat dengan corak permainan mantap.

Ab Rasid berkata, pihaknya berasakan corak permainan diterapkan Azraai Khor amat menjadi selain diperkuatkan dengan empat tonggak import iaitu pertahanan kelahiran Brazil, Fabio Flor de Azevedo; Nelson San Martin (Chile/tengah); Patrich Wanggai (Indonesia/penyerang) dan penyerang kelahiran Brazil, Evaldo Goncalves.

“Saya tidak mahu pemain memikirkan sangat pasukan yang akan ditentang, tetapi paling penting setiap kali turun beraksi mesti fokus dan bermain 100 peratus.

“Saya harap sekurang-kurangnya lapan mata dapat diraih dalam lima perlawanan ini. Saya bukan mahu memberi tekanan kepada pasukan, tetapi saya yakin dengan kemampuan setiap pemain, T-Team mampu melakukannya,” katanya. - Sumber

'Hanelang FC' Pasukan Dari Terengganu Beraksi Di Liga FAM

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri Terengganu bersetuju menubuhkan sebuah lagi pasukan profesional untuk menghadapi kejohanan bola sepak Piala FAM tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat (gambar) berkata, kerajaan negeri bertekad untuk menjadikan sukan ini (bola sepak) satu kerjaya kepada anak-anak Terengganu. Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat penubuhan pasukan FAM semalam, Rozi berkata ini pasukan bola sepak profesional yang ketiga dibentuk oleh kerajaan negeri selepas Terengganu FA dan pasukan berstatus kelab T-Team. Turut hadir ialah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Zainal Abidin Hussin, Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman dan Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu Abdullah Salleh.

Rozi berkata satu sesi pemilihan pemain akan diadakan di padang Kompleks Sukan Gong Badak bermula esok hingga 8 Januari ini. Beliau berkata mana-mana pemain yang berminat untuk menganggotai pasukan itu boleh menjalani sesi pemilihan pada tarikh-tarikh itu mulai jam 4 petang.

Rozi berkata pasukan berkenaan akan diuruskan oleh PBSNT dan sudahpun didaftar untuk menyertai kejohanan Piala FAM Mac depan. Katanya, 25 pemain berpotensi akan diambil menyertai pasukan berkenaan. - Sumber

Patrich Wanggai Diminta Bukti Keupayaan

Kuala Terengganu: Penyerang import T-Team, Patrich Wanggai (gambar) digesa meningkatkan permainan dan membuktikan kewibawaan selaras statusnya selaku penyerang berbisa Indonesia.

Ini kerana bekas penyerang Persipura Jayapura itu dilihat belum memperagakan permainan sebenar bersama The Titans dan tiada keserasian antara faktor pemain itu kurang menyinar.

Ketua jurulatih T-Team Azraai Khor Abdullah berkata, beliau melihat sudah ada sedikit peningkatan yang dipamerkan penyerang berusia 25 tahun itu.

Bagaimanapun, pengendali berusia 61 tahun itu menggesa penyerang yang mengisi kuota pemain import Asia itu dapat mempertingkatkan lagi keserasian dengan rakan segandingan dan pemain tengah.

“Saya lihat sebelum ini Patrich mengalami masalah keserasian dan kesefahaman dengan pemain tempatan terutama di bahagian tengah.

“Namun sekarang saya lihat sudah ada peningkatan yang dipamerkan pemain ini dalam beberapa perlawanan persahabatan.

“Saya juga yakin yang pemain ini mampu menyinar dengan sentuhan berbisanya dan membantu pasukan memberi tentangan kepada pasukan lain dalam Liga M nanti,” katanya, semalam. - Sumber

Philippe Troussier Hampir Pasti ?

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengesahkan jurulatih dari Perancis, Philippe Omar Troussier merupakan antara calon dari Eropah yang terhampir dipertimbangkan untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Beliau mengakui hanya keadaan kewangan semasa FAM yang menghalang pengambilan segera ‘White Witch Doctor’ berusia 58 tahun itu sekali gus memaksa persatuan meninjau terlebih dulu kalau-kalau terdapat sumber penajaan yang mampu menampung kos pembayaran gaji bulanannya.

“Buat masa ini Troussier dan dua tiga nama calon (jurulatih skuad kebangsaan Malaysia) dari Eropah. Ada juga faktor lain dan bukan gaji sahaja (pertimbangan untuk melantik Troussier) tetapi kalau mengikut keadaan (kewangan FAM) sekarang, kena cari sumber lain (penaja)," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi semalam.

Troussier sebelum ini dikatakan menuntut gaji bulanan lebih RM416,000 - angka yang dianggap setimpal dengan pencapaian terbaiknya yang pernah membawa Jepun ke pusingan kedua Piala Dunia 2002 dan menjulang Piala Asia 2000 selain naib juara Kejohanan Belia Dunia 1999 serta Piala Gabungan FIFA 2001.

Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM pada 24 November lalu yang memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Datuk K. Rajagobal sebagai jurulatih negara selepas Selasa ini, turut menyebut tentang pengambilan warga asing sebagai penggantinya selain mengumumkan Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya.

Tengku Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Exco, Teknikal dan Pembangunan Belia FAM, turut tidak menolak kemungkinan persatuan terpaksa beralih kepada calon alternatif (selain Troussier) sekiranya cuma mempunyai kemampuan belanjawan yang terhad dan sukar ditampung dengan sumber lain.

“Kami mungkin cari (calon) alternatif. Nama (tiga calon lain) tidak boleh saya dedahkan kerana masih perlu melalui (mesyuarat) Exco terlebih dulu. Tunggulah juga kata putus Presiden (FAM, ayahanda - Sultan Ahmad Shah) dan apabila kami setuju lantik (jurulatih baharu skuad negara), barulah boleh umum," katanya.

Laporan terdahulu media menamakan bekas penolong jurulatih Liverpool, Alex Miller dari Scotland, bekas jurulatih India, Bobby Houghton (England) dan Radojko Avramovic (Serbia) selain ketua pasukan juara Piala Dunia Perancis 1998, Marcel Desailly, sebagai antara bakal pengganti Rajagobal di kerusi panas FAM itu.

Sebagai rekod, mendiang Bertalan Bicskei dari Hungary, merupakan warga asing terakhir yang dilantik FAM untuk mengendalikan skuad Malaysia dari 2004 hingga 2005 dan sebelumnya ialah Alan John Harris (England), Hatem Souissi (Tunisia) dan seorang lagi warga Perancis, Claude Le Roy.

Namun, Tengku Abdullah turut menganggap seelok-eloknya jurulatih tetap negara dapat dilantik secepat mungkin menjelang pertemuan hidup mati Harimau Malaya pada perlawanan terakhirnya dalam Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen, 5 Mac ini.

Skuad negara wajib menang di gelanggang lawan sambil berharapkan pencapaian keseluruhannya lebih baik daripada pasukan tempat ketiga Kumpulan A, B, C dan E untuk meraih tiket ke pusingan akhir di Australia (kali terakhir layak kejohanan ini pada 1980). - Sumber

Ramzul Mahu Rebut Kesebelasan Utama T-Team

KEMAHIRAN mengelecek bola selain larian deras dan laju setiap kali beraksi di atas padang dimiliki penyerang kelahiran Wakaf Bharu, Kelantan, Mohd Ramzul Zahini Adenan bakal menjadi taruhan barisan depan T-Team mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Meskipun sekadar memanaskan bangku simpanan ketika bersama skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim (Selangor) musim ini, namun ketua jurulatih baharu, The Titans, Mohd Azraai Khor Abdullah menaruh keyakinan tinggi pemain berusia 25 tahun itu mampu membantu T-Team memperkuatkan jentera serangan.

Apa pun kehadiran Mohd Ramzul menjadi pelengkap pasukan dengan beberapa lagi pemain berstatus bintang seperti Patrich Steve Wanggai, Evaldo Rodrigues Goncalves Cardoso bersama dua rakan senegerinya iaitu Nizab Ayub dan Azlan Ismail serta pemain tempatan, Muhammad Muinuddin dilihat dapat membantu mempertajamkan posisi serangan.

PERLU BERSAING

Justeru, bekas penyerang The Red Warriors (TRW) musim 2007 hingga 2012 dan pernah menyarung jersi skuad kebangsaan bawah 23 tahun pada 2010 serta skuad kebangsaan tahun berikutnya tekad membalas kepercayaan diberikan dengan jaminan aksi terbaik sekali gus memperbaiki kedudukan.

Jelasnya, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk berada dalam kesebelasan utama dengan memberikan komitmen seratus peratus.

“Sememangnya saingan berada dalam kesebelasan utama amat sengit tambahan pula pasukan T-Team kini mempunyai lima penyerang lain yang berwibawa termasuk dua rakan sepasukan (Kelantan) sebelum ini (Nizab Ayub dan Azlan Ismail).

"Apa pun ia bukan halangan buat saya untuk memberikan yang terbaik dan membantu pasukan berada di tangga ke empat liga nanti.

“Saya yakin dengan gandingan ramai pemain muda dan berpengalaman selain di bimbingan jurulatih berpengalaman seperti Azraai Khor Abdullah, T-Team mampu memperbaiki kedudukan ke peringkat yang lebih tinggi daripada sebelum ini. Bagi saya tidak ada yang mustahil untuk dicapai sekiranya semua pihak bekerja keras ke arah itu (kejayaan),” katanya.

HARAP TAJAM

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh turut mengharapkan kehadiran Ramzul dan beberapa lagi pemain dapat menangani masalah ketumpulan jentera serangan yang membelenggu pasukan sebelum ini.

Ujarnya, kepantasan larian dimiliki pemain itu membuatkan Azraai Khor tertarik untuk dibawa masuk dijangkakan akan digandingkan dengan awang import.

“Kita lihat pemain ini serba boleh dan jurulatih mempunyai banyak pilihan meletakkan di bahagian mana. Dia tidak berdepan masalah dari segi persefahaman kerana penyerang seperti Nizab dan Azlan adalah rakan sepasukan ketika bersama Kelantan sebelum ini.

“Saya yakin kehadiran beberapa pemain berpengalaman selain penyerang import berkaliber, T-Team pasti akan menyengat musim depan,” katanya

SERBA LENGKAP

Difahamkan, pasukan bimbingan Azraai Khor yang dibantu bekas pengulas sukan Astro Arena, Azlan Johar kini mempunyai senarai lengkap pemain selepas mengikat empat awang import iaitu Fabio Flor dari Brazil (pertahanan), Nelson Sam Martin dari Chile (tengah) Patrick Wanggai dari Indonesia (penyerang) dan penyerang kelahiran, Brazil, Evaldo Rodrigues Goncalves Cardoso.

Live Streaming Kedah mln T-Team 27 Disember 2013

Menaja sambil mengiklan produk dan jenama anda! Sila hubungi pihak kami untuk senarai pakej dan tajaan ketika siaran LIVE. Sumbangan dan tajaan penaja memastikan kelancaran persediaan untuk memastikan siaran LIVE ke udara!

Pihak yang berminat bolehlah emel ke mediakfa@gmail.com atau PM kami untuk pakej tajaan dan pengiklanan. Tajaan produk untuk peraduan ketika pertandingan LIVE diadakan amatlah dialu-alukan. Sumbangan terbuka untuk semua pihak yang berminat untuk menyokong LIVE aksi bolasepak tempatan.

Terima Kasih Media KFA yang menyediakan Live Streaming!

T-Team, Terengganu Perkenalkan Pemain & Jersi Baru 11 Januari

PASUKAN berstatus kelab, T-Team bakal memperkenalkan barisan pemain dan jersi baharu skuad The Titans musim depan bersama pasukan Terengganu pada 11 Januari 2014 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rashid Jusoh berkata, selain memperkenalkan pemain dan jersi, T-Team turut mengadakan majlis menandatangani kontrak pemain Liga Malaysia (Liga M) bagi sesi 2014 serta menerima tajaan daripada pihak penaja.

“Buat masa ini T-Team telah menerima hampir sepuluh penajaan daripada pelbagai pihak termasuk beberapa penaja baru untuk musim depan.

“Pada malam itu nanti kita turut mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Terengganu selepas selesai majlis memperkenalkan pemain, jersi dan penajaan dan bakal disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rasid berkata, T-Team kini berada di utara tanah air bagi meneruskan perlawanan pra musim bersama dua pasukan Liga Perdana sebagai persiapan

terakhir menjelang sepak mula kempen Liga M musim depan.

Katanya, T-Team akan bertemu pasukan Kedah dan Perlis di Universiti Sains Malaysia (USM) Sintok pada 27 dan 29 Disember ini selepas mereka pulang dari Selatan Thailand semalam (kelmarin) bertemu pasukan Songkhla FC di negara Gajah Putih itu.

“Sepatutnya kita ada satu lagi perlawanan bersama Chamburi FC esok (Jumaat), bagaimanapun atas sebab-sebab keselamatan, kami terpaksa batalkan perlawanan tersebut,” katanya.

Pasukan T-Team musim 2014 bakal dibarisi 13 pemain tempatan dari Terengganu dan selebihnya diperkuatkan dengan kehadiran beberapa bintang baru seperti Nizab Ayob (bekas pemain PKNS), Azwan Rahman (Harimau Muda) dan Ramzu Zahini Adnan (bekas pemain Selangor).

Skuad kendalian, Azraai Khor Abdullah turut diperkuatkan lagi dengan pemain import yang mantap seperti Patrich Steve Wanggai (Indonesia), Nelson San Martin (Chile) Fabio Flo de Azevedo dan Elvado Goncalves (Brazil).

Beliau berharap peminat pasukan T-Team dapat hadir beramai-ramai memenuhi stadium bagi menyaksikan sendiri majlis itu nanti dan berpeluang mengenali dengan lebih dekat pemain skuad The Titans musim depan. - Sumber

Skuad Piala Presiden Terengganu Atur Persahabatan

Kuala Terengganu : SKUAD Piala Presiden Terengganu giat merancang perlawanan pramusim bagi mempertingkat kekuatan pasukan dengan menjelajah ke setiap daerah di negeri Terengganu.
 
Ketua jurulatih pasukan itu Zakari Alias berkata pasukannya memerlukan sekurang-kurangnya tujuh lagi perlawanan persahabatan bagi membina keyakinan pemain sebelum mengharungi aksi musim depan.
 

Gambar: TYTS

"Setakat ini kita mengenal pasti dua pasukan dari Besut dan Kuala Berang untuk mengadakan perlawanan persahabatan, fokus kami kepada pasukan yang benar-benar mempunyai kekuatan untuk mengukur kekuatan pemain kita," katanya
 
Zakari berpuas hati dengan prestasi pasukan selepas mereka memenangi dua perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Marang dan Felda baru-baru ini.
 
Skuad Piala Presiden itu masih mengekalkan hampir 50 peratus pemain musim ini, di samping bersama muka baharu termasuk dua pemain skuad Harimau Muda C. - Sumber

T-Team Pulang Awal Demi Keselamatan

Kuala Terengganu: Demi keselamatan pegawai dan pemain berikutan letupan bom di Selatan Thailand, pihak pengurusan T-Team terpaksa membuat keputusan untuk pulang lebih awal ke Malaysia.

Skuad kendalian Azraai Khor Abdullah pulang pada jam 4 petang semalam dan akan berkampung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah sebelum dijangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Kenari dan Perlis.

Difahamkan, ketakutan yang menghantui pemain membuatkan pihak pengurusan membuat keputusan membatalkan perlawanan menentang kelab Liga Perdana Thailand, Chomburi FC yang dijadualkan hari ini untuk keluar lebih awal dari negara Gajah Putih itu.

Ketika berada di Wilayah Selatan Thailand, pasukan Azraai sempat mengadakan satu perlawanan menentang Songkhla United FC, kelmarin yang berkesudahan seri 1-1 dan gol T-Team dijaringkan penyerang import kelahiran Brazil, Evaldo Goncalves.

Menceritakan insiden letupan bom itu, kapten pasukan, Muhammad Hasbullah Awang berkata, keputusan yang dibuat pihak pengurusan untuk pulang awal tindakan tepat demi keselamatan semua.

Pemain tengah itu berkata, rakan sepasukan ada mengadu yang mereka tidak dapat memberi tumpuan terhadap perlawanan kerana ketakutan dan mahu pulang ke Malaysia.

Menurutnya, pemain pertahanan dari Brazil, Fabio Flor, Nelson Sam Martin (Chile) dan Goncalves memberitahu tidak boleh fokus kepada pasukan dan mahu pulang awal.

“Saya tidak dapat bayangkan kerana selepas 10 minit kami melepasi Balai Polis Sadao, Songkhla, jurulatih (Azraai) memberitahu berlaku letupan bom di tiga lokasi berasingan di Danok dan Padang Besar.

“Berita ini membuatkan kami berasa takut dan saya bersyukur kerana kejadian itu berlaku selepas kami melepasi ketiga-tiga kawasan terbabit.

“Bagi saya, keputusan yang dibuat pihak pengurusan untuk pulang semula ke Malaysia satu tindakan yang wajar kerana kita tidak tahu apa akan terjadi sepanjang kami berada di sini,” katanya. - Sumber

Isu Keselamatan Di Thailand Tak Gugat T-Team

"Aksi persahabatan semalam antara Songkhla United dan T-Team FC berkesudahan seri 1-1, gol T-Team dijaringkan oleh Evaldo Goncalves"

Tetap semangat aksi di Songkhla: Ab Rasid

Kuala Terengganu: Skuad T-Team tetap meneruskan perlawanan pra-musim di Selatan Thailand walaupun berlaku letupan bom yang menyebabkan 24 cedera di tiga lokasi berasingan di Songkhla kira-kira 40 kilometer (km) dari tempat penginapan mereka. 

Rombongan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh bertolak ke negara itu kelmarin dan bakal mengadakan dua siri perlawanan menentang kelab Liga Perdana Thailand, Chomburi FC dan Songkhla United FC. 

Rasid berkata, biarpun insiden itu berlaku dalam Wilayah Songkhla, lokasi penginapan skuad kendalian Azraai Khor Abdullah berada sejauh 40 km dari tempat serangan bom. 

“Kami memang terkejut dengan kejadian itu dan berharap insiden terbabit tidak melemahkan moral pemain mengharungi perlawanan persahabatan nanti. Penyokong khususnya keluarga juga diminta mendoakan keselamatan kami di sini. 


Penginapan selamat 

“Apa yang boleh saya katakan tempat penginapan kami selamat dan kami akan mengambil langkah keselamatan sepanjang berada di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 
Semalam, BH melaporkan seramai 24 cedera dalam letupan bom di tiga lokasi berasingan di Selatan Thailand yang bersempadan dengan Kedah dan Perlis. 

Kebanyakan mangsa terkena serpihan dalam letupan yang menggegarkan lokasi tumpuan pelancong di pekan Dannok, sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah kira-kira jam 12.45 tengah hari waktu tempatan (1.45 petang waktu Malaysia). 

Dalam kejadian itu, bom buatan sendiri dikatakan diletakkan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda dan meletup berhampiran Hotel Oliver, di Tanrattanakorn Road. 

Sebelum itu, sebutir bom diletupkan pada motosikal yang mensasarkan Balai Polis Padang Besar di kawasan Thailand, kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia), disusuli letupan di perkarangan Balai Polis Sadao, sejam kemudian. - Sumber

Terengganu & T-Team Pilih Negara Jiran Medan Uji Pasukan

Kuala Terengganu: Skuad adik-abang, Terengganu dan T-Team memilih kelab dari negara jiran, Indonesia dan Thailand sebagai persiapan menguji kekuatan pasukan sebelum menghadapi Liga M musim depan.

Skuad Penyu bimbingan Abdul Rahman Ibrahim akan mengadakan empat siri perlawanan pra musim di Indonesia menentang kelab Madura esok diikuti Arema Malang (26 Disember), Persik Kendiri (28 Disember) dan Gersik (30 Disember).

Sebaik pulang dari Indonesia, Terengganu dijangka bakal menguji skuad Harimau Muda A pada 6 Januari di Kuala Terengganu dan juara Piala Malaysia musim ini, Pahang pada 11 Januari di Stadium Darulmakmur, Kuantan.

Skuad kendalian Azraai Khor Abdullah yang diperkuatkan empat pemain import, Fabio Flor dari Brazil, Nelsom Sam Martin (Chile), Patrick Wanggai (Indonesia) dan Evaldo Goncalvel (Brazil) akan menguji kelab Liga Perdana Thailand, Chomburi FC hari ini dan Songkhla United FC Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata, pihaknya berharap kunjungan ke negara Gajah Putih itu dapat membantu meningkatkan permainan anak buah Azraai yang kini sedang tercari-cari rentak.

Beliau yang juga pengurus pasukan musim 2014 berkata, perlawanan itu juga untuk mencari keserasian antara pemain import dan tempatan selain mengasah jentera serangan.

“Saya lihat pasukan ini sudah mantap, tetapi jentera serangan masih lagi tumpul terutama Wanggai yang tercari-cari rentak permainan dengan rakan gandingannya.

“Saya yakin, dua perlawanan di Thailand nanti Wanggai akan menemui rentaknya sebagai penggempur utama pasukan,” katanya yang bertolak bersama pasukan itu ke Thailand, semalam.

Ab Rasid berkata, selain bertemu dua kelab Thailand itu, T-Team juga akan menguji Kedah dan Perlis sebaik pulang dari negara itu. - Sumber

Evaldo Goncalves Senjata Baru T-Team

SELEPAS diperkuatkan gandingan tiga pemain import, Nelson Sam Martin (Chile), Fabio Flor (Brazil) dan Patrick Wanggai (Indonesia), kelab dari pantai timur, T-Team mengorak langkah menambah satu lagi penyerangnya, melengkapkan kuota pemain import ditetapkan.

Sebelum ini, pengendali The Titans, Mohd Azraai Khor Abdullah menjanjikan pemain penyerang yang dipilih adalah setanding bekas pemainnya seperti Paulo Rangel (Perak) dan Effa Owona (Negeri Sembilan).

Kini semuanya sudah terjawab di mana seorang lagi penyerang import dari Brazil, Evaldo Goncalves dipilih sebagai pemain terakhir didaftarkan pada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

TAGIH PENGALAMAN

Mohd Azraai menjelaskan beliau tertarik dengan corak permainan yang dipamerkan oleh Goncalvel ketika sesi ujian menentang Terengganu, baru-baru ini.

“Saya berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan Goncalves. Dia boleh menyumbangkan sesuatu buat The Titans,” katanya.

Goncalvel dikhabarkan akan digandingkan bersama Wanggai yang sebelum ini dibawa dari Persipura Jayapura.

Goncalvel yang berusia 32 tahun sebelum ini berkelana di liga Vietnam mewakili kelab Hoang Anh Gai Lai (HAGL).

LEDAK GOL

Sepanjang lima tahun bersama HAGL, Goncalves mempamerkan ketajaman sekalu penyerang dengan meledakkan 68 jaringan.

Goncalvel sebelum itu bermain dalam liga divisyen 3 Brazil mewakili kelab, Joinville Esporte.

Kini khidmat Goncalves ditagih oleh peminat Terengganu amnya yang ingin melihat kebangkitan pasukan yang digelar adik Terengganu itu di pentas Liga Super.

TRIO TEMPATAN

Kehadiran Goncalves di posisi hadapan pastinya memberi corak serangan berbeza memandangkan

T-Team telah memiliki penggempur tempatan Nizab Ayub, Azlan Ismail dan Ramzul Zaini Adenan.

Perkembangan ini pastinya memberi gambaran awal skuad bimbingan Azraai mampu memberikan cabaran menjelang aksi sulung 18 Januari nanti. - Sumber

Terengganu Uji Pemain, Pra Musim 2014 Di Indonesia

KUALA TERENGGANU: Skuad Penyu akan mengadakan lawatan ke Indonesia selama 10 hari mulai esok untuk menguji para pemain sebelum mengharungi Liga Malaysia yang bakal membuka tirai bulan depan.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata selain sebagai sesi pemanas badan, pihaknya juga mahu melihat sejauh mana keserasian antara pemain import dengan pemain tempatan.

"Kami akan membawa seramai 25 orang pemain termasuk empat pemain import untuk menguji sejauh mana pencapaian dan prestasi mereka," katanya

Beliau berkata Terengganu di bawah kendalian Abdul Rahman Ibrahim akan menguji kepaduan gandingan barisan penyerang yang baharu antara Penyerang Terbaik Malaysia 2013 Norfarhan Mohamad dan pemain import Mamadau Hady Barry (Guinea) atau Marcio Souza Da Silva (Brazil).

Akan turut dilihat ialah sejauh mana bisa penyerang tempatan antara Manaf Mamat, Mohd Faiz Subri, Norhakim Hassan dan Izzaq Faris Ramlan, katanya.

Marzuki berkata kemantapan sebenar para pemain tidak dapat diukur dalam latihan sebelum ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kerana keadaan padang yang becak dan basah ekoran musim tengkujuh.

"Kita harap di Indonesia nanti, kita akan dapat melihat sejauh mana kelemahanan dan keserasian pemain-pemain untuk diatasi kelak," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata dalam kunjungan itu, Terengganu akan bertemu Kelab Madura, Arema Malang, Persik Kendiri dan Gersik.

Sekembali dari Indonesia, Terengganu akan bertemu pula Harimau Muda pada 6 Jan dan Pahang pada 11 Jan.

Barisan pemain yang akan dibawa ke Indonesia ialah Izzudin Hassan, Muhaimi Omar, Mamaf Mamat, Vincent Bikana (Cameroon), Nik Zul Nik Zawawi, Zairo Anuar Zailani, Ismail Faruqi Ashari, Marcio Sauza, Norfarhan Mohamad, Azlan Zainal, Izzaq Faris Rahman,

Hasmizan Kamarodin, Fakrurazi Musa, Nasril Izat Jalil, Zubir Azmi, Khairul Ramadhan, Nordin Alias, Mamadou Hady Barry, Mario Karlovic (Australia), Norhakim Hassan, Ashaari Shamsudin, Faiz Subri, Sharmiza Yusof dan Sharbinee Alawee. - Sumber

Patrich Wanggai Masih Mencari Rentak

PENYERANG Indonesia, Patrich Steve Wanggai akui dia masih belum berupaya mempamerkan sentuhan berbisanya bersama T-Team.

Bagaimanapun, Wanggai atau nama timangannya Patty, berjanji akan berusaha mendapatkan kembali sentuhannya sebelum tirai Liga Malaysia (Liga M) 2014, membuka tirainya.

Sebelum menyertai The Titans, Patty merupakan penyerang utama pasukan Persipura Jayapura yang menjuarai Liga Super Indonesia (LSI) 2012/2013.

Dia juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dalam LSI musim lalu.

“Saya masih lagi baharu bersama pasukan ini (T-Team). Tidak banyak yang saya ketahui mengenai liga bola sepak di sini. Saya masih perlukan masa untuk menyesuaikan diri.

“Secara peribadi, tahap permainan saya tidak mencapai prestasi sebenar. Saya mahu tampil lebih bagus dan tajam di depan gawang gol selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, komitmen dan kerjasama ditunjukkan rakan sepasukan dalam sesi latihan dan perlawanan persahabatan, menambahkan keyakinannya bahawa mereka mampu sekurang-kurangnya menjulang satu piala musim hadapan.

“Semangat dalam pasukan setakat ini sangat bagus sekali. Semuanya memberi fokus dan disiplin seratus peratus dalam latihan.

“Jurulatih (Azraai Khor Abdullah) juga bijak dalam menyusun strategi buat pasukan kami. Saya yakin kami boleh membawa kejuaraan buat pasukan walaupun satu piala,” katanya. - Sumber

Bedah Siasat Harimau Muda

Nay Pyi Taw: Jawatankuasa Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya melakukan ‘post mortem’ mencari punca kegagalan Harimau Muda A layak ke final sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata langkah itu perlu kerana skuad negara sudah melakukan persiapan rapi termasuk berlatih di luar negara sebelum menyertai temasya kali ini.

"Memang saya sendiri berasa kecewa kerana kita sudah membuat persiapan rapi dengan latihan di Slovakia dan menyertai beberapa kejohanan jemputan di luar negara bagi mempertahankan pingat emas dan melakar sejarah hatrik di Myanmar ini.

"Bagi saya, Indonesia pasukan biasa saja tetapi nampak pemain kita tak dapat menunjukkan keupayaan sebenar. Mungkin mereka keletihan tetapi pasukan lain pun letih juga.

“Mereka sepatutnya tidak menunggu sehingga masa tambahan atau penalti, perlu lebih menekan pasukan lawan selepas menjaringkan gol penyamaan," katanya mengulas kekalahan skuad B-23 tahun negara 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Indonesia pada aksi separuh akhir, kelmarin.

Beliau juga kurang setuju ketiadaan lapan tonggak utama iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Syahrul Azwari Ibrahim, Junior Eldstal, Nik Shahrul Azim Ab Halim, Amer Saidin, Fandi Othman dan Gary Steven Robbat menyertai Harimau Muda kali ini akibat kecederaan adalah antara punca kegagalan itu.

“Pemain tidak beraksi pada prestasi terbaik mereka seperti ketika menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A, dua hari sebelum itu,” katanya. - Sumber

Highlights Malaysia mln Indonesia 19 Disember 2013


Highlights Malaysia U23 1 (3) - (4) 1 Indonesia U23 19 Disember 2013 Separuh Akhir Sukan SEA Myanmar 2013

Aksi Terengganu, Kelantan Hari Ini Ditunda


Kuala Terengganu: Pertembungan musuh tradisi antara Terengganu dan Kelantan yang dijadualkan berlangsung malam nanti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah terpaksa dibatalkan berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong berkata, perlawanan itu terpaksa dibatalkan atas permintaan skuad The Red Warriors yang dikatakan kekurangan pemain akibat kecederaan ketika mengharungi beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

Bagaimanapun, Marzuki yang juga Pengurus Pasukan Terengganu berkata, sesi perlawanan pra musim itu tetap diteruskan dan pasukan Kelantan berjanji akan memberikan satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

"Kelantan yang minta perlawanan ini ditunda kerana pemain mereka mengalami masalah kecederaan," katanya ketika dihubungi disini semalam.

Dalam pada itu, Marzuki berkata, pasukan kendalian Abdul Rahman Ibrahim akan mengadakan empat lagi siri perlawanan pra musim bersama beberapa pasukan kelab di Indonesia.



Katanya, Skuad Penyu akan memulakan saingan di Indonesia menentang kelab Madura pada 24 Disember diikuti Arema Malang (26 Disember), Persik Kediri (28 Disember) dan Gersik (30 Disember).

"Sebaik pulang dari Indonesia, Terengganu bakal meneruskan perlawnan persahabatan bersama skuad Harimau Muda pada 6 Januari di Kuala Terengganu dan Pahang pada 11 Januari di Stadium Darul Makmur, Kuantan,"katanya.

Eduardo Almeida Merajuk Dan Letak Jawatan

Kuala Terengganu: Ketua jurulatih dan Pengarah Teknikal Akademi Bola Sepak Titans Muda (T-Team), Eduardo Almeida meletak jawatan berkuatkuasa serta merta - dipercayai kecewa selepas tidak dilantik sebagai jurulatih skuad utama T-Team.

Jurulatih berusia 35 tahun yang mempunyai kontrak bersama T-Team sehingga Mac 2014 itu sudah menghantar surat meletak jawatan Isnin lalu dan menerima dua tawaran kelab Portugal dan Hungary serta ketua jurulatih kebangsaan Tanzania.

“Saya sentiasa menunggu dan yakin pengurusan akan memberi peluang untuk melatih T-Team untuk musim 2014, tetapi ia tidak menjadi kenyataan mereka memilih Azraai (Khor Abdullah) sebagai ketua jurulatih.

“Keputusan ini memang berat, tetapi saya terpaksa memilih soal masa depan dan cita-cita,” katanya di Kuala Terengganu, semalam. - Sumber

Senarai Pemain Pasukan Terengganu Musim 2014


Berikut adalah nama pemain pasukan Terengganu FA mengikut Nombor Jersi bagi musim 2014:

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN!

Highlights Malaysia mln Vietnam 17 Disember 2013


Highlights Malaysia U23 2-1 Vietnam U23 17 Disember 2013 Sukan SEA Myanmar 2013

T-Team Bina Kekuatan Jentera Serangan

Kuala Terengganu: T-Team serius mempertajamkan jentera serangan apabila mendapatkan beberapa penyerang tempatan dan import berkualiti menghadapi Liga M musim depan.

Berikutan itu, pasukan Pantai Timur itu mengikat bekas penyerang PKNS Selangor, Nizab Ayub dan bekas penyerang Kedah, Azlan Ismail selain penyerang import kelahiran Indonesia, Patrick Wanggai untuk kouta import Asia.

Terbaru, pengurusan T-Team mendapatkan penyerang kelahiran Kelantan, Mohd Ramzul Zahini Adenan yang bermain bersama Selangor sebelum ini untuk mempertajamkan barisan depan skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah itu.

Kehadiran penyerang berusia 25 tahun berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan itu mengikut jejak dua lagi penyerang senegeri, Nizab dan Azlan.

Bekas penyerang Kelantan 2007 hingga 2012 itu berhijrah ke Selangor musim ini dan pernah menyarung jersi skuad bawah 23 tahun negara pada 2010 serta skuad kebangsaan tahun berikutnya.

Bagaimanapun, penyerang itu hanya menjaringkan tiga gol ketika bersama Selangor dan sering memanaskan bangku simpanan selepas bekas pengendali pasukan Irfan Bakti Abu Salim tidak banyak menggunakan khidmatnya.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh berkata, pihaknya berharap kehadiran Ramzul melengkapkan posisi serangan.

Menurutnya, kepantasan larian membuatkan Azraai Khor tertarik membawanya ke Terengganu dan dia dijangkakan akan digandingkan dengan awang import.

“Pemain ini boleh diletakkan di bahagian serangan mahupun sayap. Dia tidak berdepan masalah menjana persefahaman kerana penyerang seperti Nizab dan Azlan adalah rakan sepasukan ketika bersama Kelantan,” katanya.

T-Team mengikat tiga import, Fabio Flor dari Brazil (pertahanan), Nelson Sam Martin dari Chile (tengah) dan Wanggai.

“Seorang lagi pemain import penyerang Elvado Goncalves dari Brazil baru sahaja mengikat kontrak bersama pasukan T-Team semalam” kata Ab Rasid yang juga pengurus pasukan. - Sumber

T-Team Pilih Penyerang Import Dari Brazil

KUALA TERENGGANU: Pasukan T-Team telah memilih pemain kelahiran Brazil, Evaldo Goncalves, untuk mengisi slot pemain import dalam usaha memantapkan jentera serangan pasukan itu pada saingan Liga Super musim depan.

Jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah berkata pemain berusia 32 tahun itu telah memenuhi kriteria yang diperlukan oleh beliau semasa ujian pemilihan yang turut disertai oleh penyerang kebangsaan Angola, Andre Buengo.

"Tetapi kita pilih Evaldo (Goncalves) kerana dia memiliki ciri-ciri yang kita harapkan," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Goncalves telah menyertai pasukan Hoang Anh Gia Lai dalam Liga Vietnam selama lima musim sejak 2009.

Mohd Azraai berkata penyerang itu dilihat mempunyai persamaan serta keserasian dengan pemain T-Team berdasarkan ujian sebelum ini.

Menurutnya Goncalves akan digandingkan dengan penyerang import Indonesia, Patrich Steve Wanggai, yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super Indonesia 2012/2013.

Pasukan berstatus kelab itu turut mengikat dua lagi pemain import iaitu pemain pertahanan Fabio Flor de Azevedo dari Brazil dan pemain tengah Nelson San Martin dari Chile.

"Sekarang ini kita dalam proses mendaftar pemain dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mula dibuka mulai esok," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata T-Team kini mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan di Lembah Klang, termasuk pasukan PKNS Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sesi pemanas badan. - Sumber

Highlights Malaysia mln Singapura 15 Disember 2013


Highlights Malaysia U23 1-1 Singapura U23 15 Disember 2013 Sukan SEA Myanmar 2013

Highlights Malaysia mln Laos 13 Disember 2013

Malaysia U23 4-1 Laos U23 13 Disember 2013 Sukan SEA Myanmar 2013

Live Streaming Hockey Junior World Cup Delhi 2013


Live Streaming Hockey Junior World Cup Delhi 2013

Jadual Pra-Musim Terengganu 2014 Di Malaysia & Indonesia

Pasukan Terengganu akan mengadakan Perlawanan Persahabatan Pra-Musim 2014 di Malaysia dan Indonesia seperti jadual berikut :


KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN!
Sebarang Perubahan Akan Diberitahu Kelak!

Senarai Pemain Pasukan T-Team Titans Musim 2014

Berikut adalah nama pemain pasukan T-Team Titans bagi musim 2014, masih ada satu kekosongan pemain yang akan di isi oleh pemain import yang bermain di posisi penyerang :

Gambar : T-Team FC


PBSNT, PBNJ Capai Kata Sepakat Selesai Isu Norfarhan

ISU membabitkan penyerang terbaik Liga Malaysia 2013, Mohd. Nor Farhan Mohamad selesai apabila dia disahkan akan bersama Terengganu musim depan.

Timbalan Presiden PBSNT, Marzuki Sulong berkata, perkara tersebut berjaya diselesaikan hasil perbincangan secara baik antara pihaknya dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

"Selepas mengadakan perbincangan dengan PBNJ, mereka bersetuju menyelesaikan isu itu secara baik dengan menarik balik surat aduan yang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.

Justeru, beliau berterima kasih kepada Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sudi menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

"Saya juga mahu berterima kasih kepada FAM yang membantu menangani isu daripada berpanjangan dan dapat diselesaikan antara dua pihak saja (PBSNT dan PBNJ)," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu semalam.

Dalam pada itu, Marzuki enggan mengulas lanjut mengenai jumlah bayaran yang dibayar kepada PBNJ bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Saya rasa isu bayaran tidak perlu diperbesarkan dan apa yang boleh dikatakan ia bukan bayaran sejumlah RM490,000 yang digembar-gemburkan sebelum ini.

"Tidak perlulah saya beritahu PBSNT bayar atau tidak kerana yang paling penting isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik dengan persetujuan bersama PBNJ," katanya.

Isu itu mula tercetus apabila Farhan yang dikatakan sudah menandatangani kontrak bersama PBNJ beralih untuk bersama pasukan Terengganu.

Justeru, PBNJ menggesa PBSNT atau Farhan membayar wang pampasan berjumlah RM490,000 jika masih berkeras untuk kekal di Pantai Timur. - Sumber

Tugas Getir Harimau Muda Menentang Laos

Nay Pyi Taw: Tugas lebih mencabar buat barisan penyerang negara pada pertemuan menentang Laos, esok dengan pengendali negara Datuk Ong Kim Swee membayangkan untuk menggunakan penyerang tunggal dengan misi mengutip tiga mata.

Penjaring gol pertama negara di Sukan SEA 2013, Rozaimi Abd Rahman dijangka kembali ke bangku simpanan dengan tiga pemain bakal menjadi pilihan mengetuai jentera serangan iaitu A Thamil Arasu, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Hazwan Bakri.

Thamil dan Izzaq diturunkan pada pertemuan menentang Brunei kelmarin namun mereka belum menemui rentak apabila mensia-siakan beberapa peluang keemasan dengan Ahmad Hazwan memanaskan bangku simpanan.

“Saya akui perlu beraksi lebih baik lagi pada perlawanan menentang Laos namun kemenangan semalam memuaskan walaupun kami terlepas banyak peluang,” kata Thamil.

Dia gagal meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila mensia-siakan empat peluang keemasan sepanjang perlawanan. “Saya kurang agresif semalam (kelmarin). Perlawanan menentang Laos kami perlu lebih fokus selain menurut arahan jurulatih. “Laos adalah pasukan yang tidak boleh dipandang rendah kerana ketika bermain 10 pemain menentang Singapura, mereka mampu menjaringkan gol dan mencatatkan keputusan seri,” tambahnya. - Sumber

Highlights Malaysia mln Brunei 10 Disember 2013

Malaysia U23 2-0 Brunei U23 10 Disember 2013 Sukan SEA Myanmar 2013


Perlawanan Amal, Terengganu & T-Team Uji Import


Kuala Terengganu: Penyerang berbisa Indonesia, Patrich Wanggai akan membuat penampilan pertama bersama pasukan baru, T-Team pada perlawanan amal dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Aksi penyerang berusia 25 tahun itu dinantikan penyokong setia The Titans dan perlawanan amal mengutip derma untuk membantu mangsa banjir adalah pentas terbaik buat pemain itu.

Wanggai atau nama timangannya ‘Patty’ adalah pemain import pertama dipancing T-Team dan bekas penyerang kelab Indonesia, Persipura Jayapura itu untuk kuota pemain import Asia.

Selain Wanggai, dua lagi pemain import iaitu bekas pertahanan Terengganu pada 2005 hingga 2008, Fabio Flor de Azevedo dan bekas pemain tengah Kedah, Nelson Sam Martin turut beraksi dalam perlawanan amal itu.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata, Wanggai belum pernah beraksi ketika perlawanan persahabatan yang lalu.

Perlawanan amal yang diadakan ini turut menjadi medan bagi pasukan T-Team menguji pemain import bagi melengkapkan kuota 4 orang pemain yang ditetapkan oleh FAM, T-Team masih memerlukan seorang lagi pemain import di bahagian serangan untuk digandingkan dengan Patrich Wanggai.

"Mamadou Hady Bary (Guinea), Marcio Soulza da Silva (Brazil), Said Bahanuzi (Tanzania), Moussa Koita (France) bakal diuji dalam perlawanan amal bersama pasukan Terengganu 
menentang T-Team."

Terengganu akan menguji beberapa pemain import di posisi penyerang, dan masih memerlukan 2 orang lagi pemain import bagi melengkapkan kuota, Terengganu kini mempunyai 2 orang pemain import yang telah sah bersama pasukan itu di posisi pertahanan iaitu Vincent Bikana dan Mario Karlovic yang bermain di posisi tengah.

Piala Emas: Terengganu Di Bawah Keupayaan Sebenar

KUALA TERENGGANU: Impian Terengganu untuk melangkah ke pentas akhir kejohanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja tahun ini tidak kesampaian setelah disekat oleh Perlis dalam saingan timbal balik di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini Ahad malam.

Perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu mengakhiri saingan Terengganu di mana pada separuh akhir pertama di tempat lawan pada 2 Dis lalu, Terengganu kecundang 1-2 kepada pasukan Singa Utara itu.

Pengurus pasukan Terengganu, Nor Zaidi Mohamed berkata Terengganu gagal mengambil peluang di perlawanan itu kerana mereka bermain di bawah tekanan.

Beliau berkata pada perlawanan malam tadi, Terengganu memerlukan kemenangan 1-0 untuk membolehkan mereka melangkah ke saingan akhir piala tersebut.

"Kami bermain di bawah keupayaan sebenar, kerana inginkan kemenangan satu gol tetapi gagal. Sebab itu, semangat pemain luntur dan apa yang mereka lakukan serba tidak menjadi," katanya.

Kali terakhir Terengganu layak ke saingan akhir Piala Emas Raja-Raja adalah pada tahun 2000. - Sumber

Zairo, Norfarhan, Faiz Nadi Pasukan Terengganu

"Zairo Anuar, Norfarhan Muhammad & Faiz Subri turun menjalani latihan bersama pasukan Terengganu" Gambar: Anok Tranung

Kuala Terengganu: Bekas penyerang berbisa Kelantan, Norfarhan Muhammad bersama dua lagi tonggak pasukan itu, Zairo Anuar Zailani dan Faiz Subri kini bakal menjadi nadi utama Terengganu dalam mengibar cabaran Liga-M musim depan.

Norfarhan yang dinobat penyerang terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 bersama dua rakannya dari pasukan The Red Warriors itu sudah mula menjalani latihan di bawah kendalian Abdul Rahman Ibrahim.

Dia yang digelar ‘Ben 10’ menimbulkan kontroversi selepas didakwa melanggar kontrak apabila menandatangani kontrak bersama Johor Darul Takzim (JDT) sebelum membuat ‘pusingan U’ untuk menyertai pasukan Terengganu.

Pemain kelahiran Wakaf Tapai, Marang itu berdepan tindakan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menerima aduan secara rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Sebelum ini, Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Norfarhan boleh beraksi dengan mana-mana pasukan tetapi persatuan yang mahukan pemain itu perlu membayar nilai yuran perpindahan dan kontrak untuk semusim berjumlah RM490,000.

Selain Norfarhan, Terengganu turut diperkuat dua lagi tonggak The Red Warriors iaitu pemain tengah, Zairo dan Mohd Faiz.

Pasukan itu juga berjaya mendapatkan semula penjaga gawang yang beraksi bersama Selangor, Sarbinee Allawee Ramli, pertahanan T-Team, Mazlizam Mohamad, dua pemain PKNS Selangor, Ahmad Azlan Zainal dan Mohd Nor Hakim serta penyerang skuad Harimau Muda, Izzaq Faris Ramlan.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bakal menguji lima pemain import bagi mencari penyerang berkualiti untuk diserapkan ke dalam skuad Penyu.

Lima pemain berasal dari Perancis, Ghana dan Ivory Coast akan diuji dalam tempoh terdekat dalam latihan dan perlawanan persahabatan yang akan diatur.

Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong berkata, pasukan Terengganu hanya memiliki seorang pemain import pertahanan, Vincent Bikana selepas tidak melanjutkan kontrak penyerang dari Cameroon, Jean-Emmanuel Effa Owana.

“Buat masa ini, dua penyerang iaitu Marcio Souza de Silva dan Moussa Koita sudah menjalani latihan untuk sesi pemilihan. Kita sudah menguji beberapa penyerang import, tetapi semua yang datang tidak menepati ciri yang dikehendaki,” katanya. - Sumber

T-Team Intai Penyerang Import Berkualiti

MELETAKKAN standard tinggi dalam misi pencarian penyerang, pengendali baru T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mahu pencarian itu hanya sebagai mengisi kekosongan kuota pemain import.

Justeru bekas jurulatih Perak itu menyambut baik langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang melanjutkan tempoh akhir pendaftaran pemain import dari 4 Disember ke 17 Disember.

Jelasnya, beliau mempunyai masa panjang melakukan pemilihan penyerang import berkualiti, setanding beberapa pemain import yang pernah dibawanya iaitu Effa Owona dan Paulo Rangel.

“Saya tidak mahu ambil pemain tangkap muat. Pemain itu perlu berkualiti dan memenuhi kriteria saya inginkan.

“Kalau boleh saya mahu pemain sehebat Paulo dan Effa atau lebih hebat dari mereka berdua,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, sehingga kini, beliau sudah mempunyai tiga pemain import iaitu Nelson Sam Martin (Chile), Fabio Flor (Brazil) dan Patrick Wanggai (Indonesia).

“Kita akan guna masa yang dilanjutkan ini dengan sebaik mungkin bagi menghadapi saingan Liga Super dan Piala FA musim depan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, beliau berpuas hati dengan barisan pemain tempatan yang ternyata boleh memberi saingan dalam Liga Super musim depan. - Sumber

Ashaari Mahu Julang Satu Piala Musim Depan

Kuala Terengganu: Biarpun sedar kebanyakan pasukan lain berbelanja besar mendapatkan pemain 'bintang', tetapi bagi tonggak Terengganu, Ashari Samsuddin atau lebih dikenali sebagai 'Saha' juga bernafsu besar mahu menjulang sekurang-kurangnya satu piala dalam kancah Liga Malaysia musim depan.

Dia yang digelar The Silent Killer mengharapkan musim depan memberi tuah kepada Terengganu sama ada dalam Liga Super, Piala FA atau Piala Malaysia berbanding musim ini yang begitu mengecewakannya.

Ayam tambatan skuad Penyu itu berkata, hajat besar itu tidak mustahil dicapai kerana skuad Penyu yang dibimbing ketua jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim kini begitu mantap berbanding tahun ini.

“Jika ikut, hajat memang besar kerana bagi saya musim ini adalah musim yang cukup kecewa apabila bukan saja gagal menjulang sebarang piala, malah permainan saya juga tidak konsisten.

“Saya sedar musim depan saingan lebih mencabar apabila banyak pasukan berbelanja besar untuk memantapkan pasukan masing-masing, namun saya harap itu bukan penghalang Terengganu mengucup satu piala,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pemain yang berasal dari Kampung Rawai, Marang itu berkata, kehadiran beberapa bekas pemain antaranya penjaga gawang, Sharbinee Allawe Ramli; dua pemain PKNS Selangor, Ahmad Azlan Zainal dan Mohd Nor Hakim; dua tonggak Kelantan, Norfarhan Mohamad (penyerang) dan Zairo Anuar Zailani (tengah) dapat menguatkan lagi skuad Penyu.

Menurutnya, dia cukup yakin pasukan itu akan bertambah mantap dengan kemasukan pemain tempatan yang bertaraf 'bintang' serta awang import berkaliber.

“Saya percaya pengalaman serta percaturan yang diterapkan Abdul Rahman membentuk pasukan kali ini tidak mustahil Terengganu menjadi antara pasukan yang digeruni dalam Liga M.

“Sekiranya saya diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama, saya bertekad memberikan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan dan apa yang penting semangat juang tinggi serta kerjasama sepasukan juga amat diharapkan,” katanya. - Sumber

Harimau Muda Sudah Bersedia!

Kelana Jaya: “Kami sudah bersedia”. Itu isyarat yang diberikan oleh skuad bawah 23 tahun negara (B-23) menjelang Sukan SEA Myanmar apabila mereka menewaskan kelab Jepun FC Ryukyu 3-1 pada aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Pengendali skuad Harimau Muda negara Datuk Ong Kim Swee nyata menjadi individu paling lega dengan keputusan yang diraih pada aksi pemanas badan terakhir sebelum turun dengan misi mempertahankan pingat emas di Myanmar minggu depan.

“Saya yakin dengan pemain yang saya miliki ketika ini, mereka mempamerkan permainan cukup positif pada perlawanan malam ini (semalam).

“Selepas beberapa keputusan kurang baik sebelum ini, graf prestasi pasukan bertambah baik dan saya harap ia akan berterusan hingga ke perlawanan sebenar di Sukan SEA.

“Saya harap kami dapat memperbaiki beberapa kelemahan khususnya bahagian pertahanan yang sedikit leka hingga melepaskan gol pertama.” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun kemenangan yang diraih skuad negara bukan mudah apabila mereka terpaksa bangkit pada babak kedua selepas ketinggalan dengan jaringan penyerang FC Ryukyu Takahashi Shunta pada minit ke-13.

Satu gol daripada A Thamil Arasu dan dua gol penyerang gantian Rozaimi Abd Rahman pada separuh masa kedua memastikan kemenangan bergaya anak buah Kim Swee yang akan berlepas ke Myanmar Sabtu ini.

Bagi jurulatih kelab divisyen tiga Jepun yang berpangkalan di Okinawa itu, Satsukawa Norihiro berpendapat skuad B-23 negara mempamerkan permainan yang baik khususnya pada babak kedua.

“Saya tidak puas hati dengan keputusan ini tapi saya fikir ia perlawanan yang bagus untuk Malaysia dalam persiapan mereka ke kejohanan selepas ini,” katanya. - Sumber

Philippe Troussier pilihan FAM?

BEKAS jurulatih Jepun, Philippe Troussier dilaporkan semakin hampir untuk dilantik sebagai pengendali baharu Harimau Malaya pada awal tahun depan.

Menurut satu sumber dalaman, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah lama berusaha untuk mendapatkan khidmat Troussier yang dianggap antara jurulatih berwibawa untuk mengangkat nama pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Keseriusan FAM itu terbukti apabila mereka menghantar wakil untuk berjumpa dengan Troussier di China pada Julai lalu bagi membincangkan dengan lebih lanjut tentang hasrat badan induk bola sepak negara itu.

Jelas sumber tersebut, Troussier yang berjaya membimbing skuad Samurai Biru layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2002, dilaporkan hampir pasti bersetuju untuk melatih Harimau Malaya pada tahun depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Troussier antara calon yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan yang bakal ditinggal oleh bekas jurulatih, Datuk K. Rajagobal.

FAM telah bersetuju untuk tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang berakhir pada 31 Disember depan selepas gagal mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) iaitu layak ke Piala Asia 2015 secara automatik.

Selain Troussier yang dikatakan bakal menikmati pendapatan lumayan sebanyak AS$1.52 juta (RM5 juta) setahun daripada FAM jika bersetuju melatih Harimau Malaya, bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak; Robert Alberts dan pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee turut dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Buat masa ini, FAM telah melantik Kim Swee sebagai jurulatih sementara skuad Harimau Malaya sebelum mengumumkan jurulatih tetap pada akhir tahun ini.

Begitupun, FAM dilihat masih berminat untuk mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ terhadap perkhabaran tersebut.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin juga enggan mengulas lanjut namun memberitahu, pihaknya masih menilai calon-calon sesuai sebelum mendedahkan jurulatih tetap Harimau Malaya.

“Sejujurnya, saya tidak tahu jika ada wakil kami ke China (untuk berunding dengan Troussier).

“Buat masa ini, saya tidak katakan beliau (Troussier) hampir pasti bakal menjadi jurulatih Harimau Malaya.

“Ini kerana FAM masih sedang mengenalpasti calon-calon. Kita tunggu dan lihat,” katanya. - Sumber

Saya Tidak Mahu Keruhkan Keadaan - Norfarhan

Kuala Terengganu: "Saya minta maaf, saya tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan."

Itu kata penyerang terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, Norfarhan Muhammad yang enggan mengulas isu melanggar kontrak dengan Johor Darul Ta'zim 1 (JDT).

Norfarhan atau dikenal sebagai Ben 10 yang juga bekas bintang Kelantan didakwa melanggar kontrak apabila menandatangani kontrak bersama JDT sebelum membuat keputusan menyertai pasukan negeri kelahirannya, Terengganu.

Berikutan itu, dia berdepan tindakan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas menerima aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Semalam, Berita Harian melaporkan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata Norfarhan boleh beraksi dengan mana-mana pasukan tetapi perlu membayar nilai yuran perpindahan dan kontrak untuk semusim berjumlah RM490,000.

"Saya tidak menghalang Norfarhan beraksi dengan pasukan lain tetapi dia atau persatuan negeri yang mahu mendapatkan khidmatnya perlu membayar sejumlah RM190,000 yang sudah ditunaikan iaitu jumlah yuran perpindahan dari Kelantan manakala nilai kontrak untuk 12 bulan berjumlah RM300,000 juga harus dilangsaikan sama ada oleh beliau atau persatuan negeri," kata Tunku Ismail.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kelmarin turut memberi jaminan permasalahan berhubung isu itu akan diselesaikan secepat mungkin. "Kita sedang mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua belah pihak," kata Timbalan Presiden PBSNT, Marzuki Sulong. - Berita Harian

PBSNT Cari Jalan Penyelesaian Isu Norfarhan


PERSATUAN Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberi jaminan permasalahan yang timbul berhubung isu pelanggaran kontrak membabitkan bintang baharu Skuad Penyu, Mohd Nor Farhan Mohamad dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan diselesaikan secepat mungkin.

Timbalan presidennya, Marzuki Sulong berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat semalam bagi memperhalusi perkara itu, sekali gus menyelesaikan isu yang timbul dengan cara baik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, buat masa ini mereka sedang bermesyuarat untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kedua belah pihak.

"Kita akan maklumkan perkara ini nanti. “Saya harap perkara ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan baik sebagaimana dicadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya. - Sumber

Marzuki Yusof & Fabio Flor Kekal Di T-Team

Kuala Terengganu: Desas-desus mengatakan dua tonggak pertahanan T-Team termasuk pemain import, Fabio Flor de Azevedo bakal 'disambar' pasukan lamanya, Terengganu mungkin tidak menjadi kenyataan apabila difahamkan kekal bersama The Titans.

Perkara itu timbul selepas Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dikatakan sedang mencari formula terbaik membentuk dua pasukan adik abang dalam mengharungi Liga Malaysia musim depan.

Fabio atau lebih mesra dengan panggilan 'Budin' beraksi bersama kelab Busaiteen FC dalam Liga Bahrain sanggup meninggalkan kelab yang disertai dari 2012 hingga 2013, dikatakan membuat keputusan sendiri untuk bermain dengan T-Team.

Pertahanan berusia 32 tahun yang pernah menyarung jersi skuad Penyu dari 2005 hingga 2008 itu menyatakan pendirian untuk membantu pasukan barunya itu berada dalam kelompok lima pasukan terbaik dalam Liga Super.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata, selain Fabio, kapten Marzuki Yusof yang juga dikatakan bermain untuk Terengganu sebelum ini turut kekal bersama The Titans musim depan.

Menurutnya, pihaknya tidak dapat memberi kepastian sama ada dua pemain Terengganu, Mohd Fakhrurazi Musa dan Mohd Nor Hakim yang dikatakan mungkin menyertai skuad yang dibimbing Mohd Azraai Khor Abdullah atau tidak.

“Selepas diberitakan Fabio dan Marzuki menyertai Terengganu, kami membawa pemain pertahanan iaitu rakan sepasukan Patrich Wanggai dari kelab Persipura Jayapura, Indonesia, Octavio Dutra untuk diuji.

“Pemain ini diuji sebagai langkah awal untuk mengisi posisi pertahanan seandainya Fabio bermain untuk Terengganu. Seorang lagi pemain import dalam radar T-Team adalah Nelson Sam Martin,” katanya di sini, semalam.

Isu pertukaran pemain kedua-dua pasukan bimbingan Abdul Rahman Ibrahim dan Azraai menjadi perhatian peminat bola sepak di negeri ini yang tertunggu-tunggu senarai pemain muktamad PBSNT. - Sumber

Galeri Video

Live Streaming

Pencapaian

 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.