Info Terkini :

Laluan Berliku Terengganu & T-Team Di Piala FA 2014

Undian Piala FA bagi musim 2014 yang berlangsung di Hotel Bluewave, Shah Alam pagi tadi menemukan pasukan adik beradik berada di zon selesa pada pusingan pertama kalah mati, dimana Terengganu akan bertemu Pahang Kuantan Port manakala pasukan adik T-Team FC akan menerima kunjungan UiTM FC, jika berjaya menewaskan lawan masing-masing pada pusingan pertama, laluan berliku akan ditempuhi bagi kedua-dua pasukan adik beradik ini, tetapi kedua-dua pasukan ini tidak boleh ambil mudah pada laluan pertama, kerana macam-macam boleh berlaku dalam aksi bola sepak.

Pasukan Pahang Kuantan Port dan UiTM FC yang bakal ditentang ini tidak boleh dikatakan pasukan belasahan atau di pandang mudah kerana pasukan seperti ini mempunyai semangat juang yang tinggi apabila mereka berhadapan dengan pasukan yang mempunyai kelebihan dari mereka dan beraksi di Liga Super.

Terengganu dan T-Team perlu fokus untuk memastikan kemenangan pusingan pertama terlebih dahulu untuk mara ke pusingan kedua, dan jika Terengganu layak seterusnya akan berhadapan dengan pasukan samada Johor FA (Johor Darul Ta'zim II) atau PKNS FC, sementara itu Kelantan yang mendapat 'bye' serta sebagai Juara Bertahan akan menunggu bagi aksi seterusnya. T-Team jika berjaya menewaskan UiTM FC akan berhadapan dengan bekas Naib Juara Piala FA musim lalu iaitu Johor Darul Ta'zim yang juga mendapat 'bye'.

Laluan berliku, cabaran yang datang semestinya tidak akan mematahkan semangat kedua-dua pasukan dari Terengganu ini, perjuangan tetap diteruskan bagi mencapai sesuatu kejayaan untuk sekurang-kurangnya dengan sasaran membawa pulang satu Piala dalam Liga Malaysia ke bumi Terengganu Darul Iman.

Aksi sepak mula Pusingan pertama Piala FA pada 21 Januari 2014, Pusingan kedua 04 Februari 2014, Suku Akhir 11 & 18 Mac 2014, Separuh Akhir 13 & 20 Mei 2014 dan Perlawanan Akhir yang dijadualkan akan berlangsung pada 07 Jun 2014, sebarang perubahan akan diberitahu kelak.

Jadual Piala FA 2014

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.