BEKAS pertahanan Terengganu kelahiran Brazil, Fabio Flor dan penyerang dari Indonesia, Patrich Wanggai antara bintang antarabangsa yang akan membarisi kuota import pasukan berstatus kelab, T-Team bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Begitu pun, skuad The Titans kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah masih mempunyai dua lagi kekosongan yang perlu diisi menjelang tarikh tutup pendaftaran pemain import pada 5 Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru mengambil dua lagi pemain import bagi melengkapkan kouta 3+1 yang ditetapkan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) untuk kancah Liga M musim depan.
Menurutnya, pihaknya kini mempunyai misi besar dalam pencarian pemain import yang berkaliber serta mempunyai nama besar untuk diserapkan ke dalam pasukan itu terutama di bahagian tengah dan penyerang.
“Buat masa sekarang kita sudah berjaya memancing dua pemain import bertaraf bintang (Fabio dan Wanggai) dan kini kita sedang menguji bekas pemain import Kedah, Nelson Sam Martin yang bermain di bahagian tengah.
“Apa yang kita lihat, Nelson baru beberapa hari bersama pasukan tetapi pemain ini memberikan persembahan dan persefahaman yang baik dengan rakan sepasukan. Bagaimanapun, kita mahu melihat permainan dari masa ke semasa sebelum membuat keputusan.
“Apa yang boleh saya katakan, kita sedang berusaha membawa seorang lagi penyerang yang bertaraf ‘bintang’ untuk diuji dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di sini.
Ab Rasid berkata, walaupun T-Team sudah mengharungi tiga perlawanan persahabatan menguji pemain import di posisi itu, tetapi masih gagal menambat hati pengendali yang pernah menjulang tiga piala bersama Kedah itu.
“Kita yakin pemain yang diinginkan coach (jurulatih) dapat dimiliki dan kita tahu posisi serangan pasukan ini sangat lemah kerana ketiadaan penyerang yang bagus sepertimana musim ini.
Sebelum ini, pengendali berusia 61 tahun kecewa dengan aksi pemain import yang dibawa ejen mengikuti sesi pemilihan kerana tidak berkualiti.
Menurutnya, buat masa sekarang kebanyakan pemain import terutama penyerang yang datang mencuba nasib begitu mengecewakan dan aksi yang mereka pamerkan tidak mempunyai ciri-ciri seorang pemain import yang dimahukan.
“Bagi saya hanya Martin menunjukkan aksi yang meyakinkan dalam perlawanan menentang Terengganu. Martin pernah bersama saya ketika mewakili Kedah dan saya tahu corak permainan beliau,” katanya. - Sumber

"Patrich Wanggai dijangka kembali ke Terengganu jumaat ini selepas masalah kontrak dengan pasukan lama selesai"