KUALA TERENGGANU : Pasukan bola sepak berstatus kelab, T-Team akan menguji empat pemain import bagi mengisi kuota dua lagi pemain asing dalam pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Pemain berkenaan, masing-masing dua dari Brazil dan Nigeria
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata lembaga pengurusan T-Team dalam mesyuaratnya hari ini membuat keputusan untuk menambah kuota pemain import menerusi kuota 3+1 seperti dipersetujui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Baki kuota dua lagi pemain import perlu diisi segera memandangkan FAM menetapkan tarikh tutup pendaftaran pemain import pada 4 Disember ini, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
"T-Team telah menguji lebih 10 pemain import setakat ini dari pelbagai negara namun semuanya tidak mencapai piawaian yang jurulatih kehendaki. Justeru kita akan memberi peluang kepada pemain-pemain import itu untuk membuktikan kewibawaan masing-masing sehingga Isnin ini sebelum kita membuat keputusan," katanya.
Setakat ini, T-Team mempunyai dua pemain import iaitu Patrich Steve Wanggai dari Indonesia (penyerang) dan Fabio Flor (pertahanan) dari Brazil.
Mesyuarat Exco FAM pada minggu lepas mengubah pendirian dengan menambah kuota pemain import bagi Liga Malaysia musim depan kepada empat pemain.
Penambahan seorang lagi pemain menerusi kuota 3+1 tetap mengekalkan syarat seorang daripada pemain itu mestilah dari Asia dan badan induk bola sepak itu menetapkan syarat hanya tiga pemain dibenarkan beraksi dalam satu-satu perlawanan manakala seorang lagi pemain di bangku simpanan.
Abdul Rashid berkata T-Team sedang mencari pemain import untuk posisi tengah dan penyerang untuk digandingkan dengan Wanggai yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super Indonesia (ISL) musim 2012/2013.
Katanya T-Team menyenaraikan seramai 21 pemain tempatan untuk didaftarkan kepada FAM pada 17 Disember ini. - Sumber