SELEPAS menjalankan tiga sesi ujian pemain import menerusi perlawanan persahabatan dengan skuad Penyu sejak 19 November lalu, T-Team masih belum menemui penggempur berbisa yang bakal mengetuai jentera serangan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan, lapor ZUBIR SULAIMAN.
Ketua Jurulatihnya, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kebanyakan penyerang import yang datang mencuba nasib di sini, bukan sahaja gagal mempamerkan aksi meyakinkan, malah tidak mencapai piawaian ditetapkan pengurusan.
Menurutnya, berdasarkan aksi perlawanan persahabatan terakhir itu, hanya pemain kelahiran Brazil yang pernah menyarung jersi Terengganu, Fabio Flor boleh dipuji kerana mengekalkan prestasinya.
“Apa pun saya difahamkan, kita masih ada lagi calon-calon (pemain import) yang akan datang untuk sesi pemilihan dalam masa terdekat.
“Kita tidak mahu terima sebarang pemain dibawa ejen-ejen sembarangan,” katanya sejurus tamat aksi persahabatan menentang Terengganu, kelmarin.
Selain Fabio Flor, seorang lagi pemain turut mencuri tumpuan bekas pengendali Perak itu iaitu bekas pemain tengah Kedah, Nelson Sam Martin yang berjaya menghidupkan bahagian tengah.
Azraai berkata, T-Team dijadual akan menguji sekurang-kurangnya dua lagi penyerang import dari Brazil dan Liberia sedikit masa lagi.
Katanya, beliau yakin kedua-dua pemain itu berupaya mempamerkan mutu permainan baik memandangkan profil lengkap mereka. - Sumber