Info Terkini :

Empat Pemain Import Membazir - Ahmad Said

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said tidak bersetuju dengan rombakan dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membenarkan penggunaan khidmat empat pemain import, satu Asia (3+1).

Menurutnya, beliau bukan menentang langkah FAM itu tetapi menganggap pembaharuan yang diperkenalkan badan induk itu sesuatu yang 'membazir'.

"Ini kerana kita boleh mengambil empat pemain import tetapi seorang lagi perlu mengisi bangku simpanan dalam suatu masa perlawanan. Dia hanya boleh bermain sekiranya berlaku pertukaran atau kecederaan.

"Tak ada guna kalau bayar gaji mahal-mahal tetapi perlu duduk di bangku simpanan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Sebelum ini Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM merombak dengan membenarkan penggunaan khidmat empat import, satu Asia (3+1) menjelang tarikh tutup pendaftaran, 4 Disember ini.

Bagaimanapun, hanya tiga pemain import dibenarkan beraksi dalam suatu masa dan seorang lagi yang di bangku simpanan cuma boleh dimasukkan jika berlaku penggantian dalam perlawanan itu.

Ahmad menambah, beliau berasa tidak betul tindakan FAM yang menetapkan syarat 3+1 dalam kuota pemain import baru-baru ini.

"Kalau menetap empat pemain import empat lah boleh bermain, jika tiga pemain import tiga lah.

"Kita sudah pasti akan mencari pemain import terbaik dalam mengisi kuota pemain import yang ditetapkan oleh FAM," tegasnya.

Sementara itu, beliau menyerahkan pihak pengurusan dan jurulatih Terengganu serta T-Team dalam membuat pemilihan pemain import mereka.

"Biarlah pihak pengurusan dan jurulatih yang menentukan pemain import yang bakal beraksi pasukan mereka.

"Buat masa ini, banyak pemain luar yang berminat dan menjalani sesi ujian bersama di Terengganu untuk menyarung jersi Terengganu mahupun T-Team," katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.