Kuala Terengganu: Penyerang berbisa Indonesia, Patrich Wanggai akan membuat penampilan pertama bersama pasukan baru, T-Team pada perlawanan amal dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Aksi penyerang berusia 25 tahun itu dinantikan penyokong setia The Titans dan perlawanan amal mengutip derma untuk membantu mangsa banjir adalah pentas terbaik buat pemain itu.
Wanggai atau nama timangannya ‘Patty’ adalah pemain import pertama dipancing T-Team dan bekas penyerang kelab Indonesia, Persipura Jayapura itu untuk kuota pemain import Asia.
Selain Wanggai, dua lagi pemain import iaitu bekas pertahanan Terengganu pada 2005 hingga 2008, Fabio Flor de Azevedo dan bekas pemain tengah Kedah, Nelson Sam Martin turut beraksi dalam perlawanan amal itu.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata, Wanggai belum pernah beraksi ketika perlawanan persahabatan yang lalu.
Perlawanan amal yang diadakan ini turut menjadi medan bagi pasukan T-Team menguji pemain import bagi melengkapkan kuota 4 orang pemain yang ditetapkan oleh FAM, T-Team masih memerlukan seorang lagi pemain import di bahagian serangan untuk digandingkan dengan Patrich Wanggai.
"Mamadou Hady Bary (Guinea), Marcio Soulza da Silva (Brazil), Said Bahanuzi (Tanzania), Moussa Koita (France) bakal diuji dalam perlawanan amal bersama pasukan Terengganu
menentang T-Team."
menentang T-Team."
Terengganu akan menguji beberapa pemain import di posisi penyerang, dan masih memerlukan 2 orang lagi pemain import bagi melengkapkan kuota, Terengganu kini mempunyai 2 orang pemain import yang telah sah bersama pasukan itu di posisi pertahanan iaitu Vincent Bikana dan Mario Karlovic yang bermain di posisi tengah.