SELEPAS diperkuatkan gandingan tiga pemain import, Nelson Sam Martin (Chile), Fabio Flor (Brazil) dan Patrick Wanggai (Indonesia), kelab dari pantai timur, T-Team mengorak langkah menambah satu lagi penyerangnya, melengkapkan kuota pemain import ditetapkan.
Sebelum ini, pengendali The Titans, Mohd Azraai Khor Abdullah menjanjikan pemain penyerang yang dipilih adalah setanding bekas pemainnya seperti Paulo Rangel (Perak) dan Effa Owona (Negeri Sembilan).
Kini semuanya sudah terjawab di mana seorang lagi penyerang import dari Brazil, Evaldo Goncalves dipilih sebagai pemain terakhir didaftarkan pada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
TAGIH PENGALAMAN
Mohd Azraai menjelaskan beliau tertarik dengan corak permainan yang dipamerkan oleh Goncalvel ketika sesi ujian menentang Terengganu, baru-baru ini.
“Saya berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan Goncalves. Dia boleh menyumbangkan sesuatu buat The Titans,” katanya.
Goncalvel dikhabarkan akan digandingkan bersama Wanggai yang sebelum ini dibawa dari Persipura Jayapura.
Goncalvel yang berusia 32 tahun sebelum ini berkelana di liga Vietnam mewakili kelab Hoang Anh Gai Lai (HAGL).
LEDAK GOL
Sepanjang lima tahun bersama HAGL, Goncalves mempamerkan ketajaman sekalu penyerang dengan meledakkan 68 jaringan.
Goncalvel sebelum itu bermain dalam liga divisyen 3 Brazil mewakili kelab, Joinville Esporte.
Kini khidmat Goncalves ditagih oleh peminat Terengganu amnya yang ingin melihat kebangkitan pasukan yang digelar adik Terengganu itu di pentas Liga Super.
TRIO TEMPATAN
Kehadiran Goncalves di posisi hadapan pastinya memberi corak serangan berbeza memandangkan
T-Team telah memiliki penggempur tempatan Nizab Ayub, Azlan Ismail dan Ramzul Zaini Adenan.
Perkembangan ini pastinya memberi gambaran awal skuad bimbingan Azraai mampu memberikan cabaran menjelang aksi sulung 18 Januari nanti. - Sumber