Info Terkini :

Info Pasukan Terengganu

Info Pasukan T-Team

Info Bola Sepak Malaysia

Showing posts with label kejuaraan. Show all posts
Showing posts with label kejuaraan. Show all posts

Terengganu Juara Piala FA 2011

Terengganu mengakhiri penantian selama 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang menarik di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu.

Ahmad Nordin Alias menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan gol penentuan pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tempoh 90 minit berakhir.

Kali terakhir Terengganu menjulang trofi itu ialah pada 2000 setelah menewaskan Pulau Pinang melalui sepakan penalti 5-3 apabila kedudukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan.

Pasukan 'peteh ganu peteh' turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penjulang terakhir trofi yang diperkenalkan pada 2005 itu, yang sempat digunakan untuk tujuh edisi. Trofi baru akan diperkenalkan untuk edisi musim depan.

Sebelum ini, Perak selaku juara final pertama dan terakhir diberi penghormatan menyimpan trofi pertama Piala FA yang digunakan bagi 15 edisi dari 1990 hingga 2004.

Hampir 85,000 penonton menyaksikan pertembungan dua gergasi dari Pantai Timur ini.

Skuad 'Red Warriors' mendahului pada minit-79 menerusi Mohd Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan itu, Terengganu mengatur serangan demi serangan memaksa Kelantan bertahan, dan hasilnya skuad Penyu memperolehi gol penyamaan pada masa kecederaan hasil kesilapan pemain pertahanan 'Red Warriors' yang tertanduk bola ke gawang sendiri.

Kedudukan itu mengheret perlawanan ke masa tambahan, sebelum Terengganu menamatkan impian Kelantan untuk bergelar juara FA buat kali pertama menerusi jaringan Ahmad Nordin.

Penyampaian trofi disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berkenan berangkat ke perlawanan itu.

Ketua pasukan Terengganu Mohd Mazuki Yusof pula dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Turut berangkat ke perlawanan itu ialah Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Terengganu Juara Piala Malaysia 2001

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Terengganu mencipta sejarah baru dalam kancah bola sepak Piala Malaysia apabila menjulang trofi paling berprestij itu buat pertama kali dalam tempoh 80 tahun, selepas menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Perlawanan itu adalah percubaan kali keempat Terengganu sepanjang tempoh kempen Piala HMS Malaya yang bermula pada 1921 dan Piala Malaysia pada 1967.

Sebelum itu, skuad yang dikenali dengan gelaran Penyu tewas dalam tiga perlawanan akhir. Mereka tewas kepada Selangor pada 1973 dan 1982 dan kalah kepada Perak pada 1998. Tahun ini penyu tidak menangis lagi.

Kejayaan itu juga berjaya menebus dendam kekalahan kepada Perak pada aksi akhir kali ke-32 di Stadium Nasional pada 1998.

Kerajaan Negeri turut mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan bersejarah itu.

Pada perlawanan malam ini, pemain tengah Terengganu, Hairuddin Omar yang juga ketua pasukan Bawah-23 mendapat hadiah bonus apabila terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Pemain itu turut muncul sebagai penjaring terbanyak pasukannya dalam kempen Piala Malaysia dengan jumlah enam gol.

Bagi Perak, mereka gagal mempertahankan kejuaraan yang disandang musim lalu.

Dalam perlawanan malam ini, Terengganu ketinggalan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Mohd. Rafdi Rashid pada minit ke-17 tetapi bangkit dengan dua gol pada babak kedua dalam tempoh lima minit untuk mendahului 2-1.

Rosdi Talib menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi sepakan penalti selepas Wan Rohaimi Wan Ismail dijatuhkan oleh pemain pertahanan Perak, K. Nantha Kumar dalam kotak penalti.

Penyerang, Sapian Wahid menambah gol kedua Terengganu pada minit ke-59 hasil sepakan leret.

Piala Sumbangsih 2001 - Terengganu muncul juara

TERENGGANU merangkul Piala Sumbangsih selepas menang bergaya 4-0 ke atas Perak pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu, semalam.

Kejayaan itu sekaligus memberikan tiga mata penuh buat skuad Penyu pada kempen pembukaan Liga Perdana Satu.

Ia juga melebarkan rekod kemenangan Terengganu di gelanggang sendiri ke atas Perak dengan 21 kemenangan dan satu kalah.

Empat gol Terengganu dijaringkan oleh Mohd. Marzuki Yusuf pada minit ke-31, Faziallah Mamat (47), Rosdi Talib (63) dan Sapian Wahid (80).

Turut menyaksikan pertemuan antara juara Piala FA dengan juara Piala Malaysia itu Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Sultan Terengganu.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Terengganu terus mengasak ke pintu gol lawan tetapi melepaskan beberapa peluang terbaik.

Bagaimanapun, Perak yang diketuai oleh kapten kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian sesekali berjaya meloloskan diri yang seringkali mencemaskan pasukan Terengganu.

Perak mendapat peluang membuka jaringan pada minit keenam tetapi pemainnya, M. Murugan berlaga dengan Zubir Ibrahim yang menyebabkan penjaga gol itu terpaksa diusung keluar.

Ini memaksa jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris memasukkan penjaga gol gantian yang baru pulang dari tugasan negara di Qatar, Syamsuri Mustaffa.

Selang beberapa minit selepas itu, corak permainan Terengganu semakin agresif dan pada minit ke-18, Faziallah membuat percubaan leret yang hanya sedikit tersasar ke penjuru kanan pintu gol Perak.

Sehinggalah pada minit ke-31, Marzuki menjaringkan gol pertama Terengganu ketika pergelutan berlaku di pintu gol Perak hasil sepakan percuma Shahrunizam Sahat.

Selepas gol pertama, pemain Terengganu semakin bertenaga di mana gandingan pemain tengahnya Rosdi, Marzuki dan Hairuddin Omar sering kali mengucar-ngacirkan benteng lawan.

Safian yang terlepas daripada peranngkap ofsaid, berjaya meloloskan diri dari kawalan, namun rembatan yang dilakukan pada minit ke-35 sedikit tersasar walaupun penjaga gol Perak, Tay Sin Kiat sudah tertewas.

Manakala pada minit ke-43 pula pemain kebangsaan, Rosdi yang menerima hantaran daripada Wan Rohaimi Ismail agak terlewat untuk menjaringkan gol, yang akhirnya terus ke dakapan Sin Kiat.

Pada babak kedua perlawanan, Terengganu terus mengasak dan pada minit ke-47, Faziallah menjaringkan gol kedua tuan rumah hasil hantaran Safian.

Pada minit ke-63, giliran Rosdi pula menjaringkan gol ketiga Terengganu menerusi sepakan penalti setelah Hairuddin dijatuhkan oleh Murugan.

Pada minit ke-80, tuan rumah berjaya menambah gol keempat apabila Sapian Wahid dengan mudah menanduk masuk bola hantaran silang yang dilakukan Roshadi Wahab.

Juara Piala FA 2000 Milik Terengganu

Pada tahun 2000, Mat Zan Mat Aris mengejutkan ramai pihak apabila mengangkat martabat Terengganu di arena bolasepak negara dari sebuah pasukan 'underdog' menjadi sebuah pasukan elit bolasepak. Kenangan saat manis itu masih terpahat diingatan tatkala Terengganu membenamkan Pulau Pinang 1-0.

Sambutan para penyokong pula amat hebat dan luarbiasa. Bas, kereta dan kenderaan yang membawa para penyokong mengibarkan bendera Terengganu menjalari jalanraya dari Kemaman sehingga ke Besut meraikan kemenangan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA 2000

Terengganu Juara Liga Perdana 1990 & 1998

Liga Perdana merupakan pertandingan bola sepak tahap kedua dalam Liga Malaysia, selepas Liga Super.Liga Perdana mula diperkenalkan pada tahun 1989, yang merupakan kesinambungan kepada liga sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan liga agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia semenjak lahirnya kejohananPiala Malaysia pada 1921.

Sejarah

Sejak diasaskan pada 1989, pasukan Kedah mengungguli kejuaraan liga apabila berjaya memenangi gelaran liga sebanyak 3 kali diikuti Selangor dan Terengganu sebanyak dua kali. PKNS FC dari Selangor merupakan Juara Liga Perdana tahun 2011.

Ringkasan Pemenang

PasukanKejuaraanTahun Juara
Kedah31992, 2002 dan 2006
Selangor21993, 2005
Terengganu21990, 1998
Harumau Muda12009
Kuala Muda Naza12007
PDRM12007
MPPJ12004
Public Bank12003
Johor FC12001
Kelantan12000
Johor11999
Negeri Sembilan11991
Perlis11989

Galeri Video

Live Streaming

Pencapaian

 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.