Info Terkini :

Terengganu Juara Piala Malaysia 2001

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Terengganu mencipta sejarah baru dalam kancah bola sepak Piala Malaysia apabila menjulang trofi paling berprestij itu buat pertama kali dalam tempoh 80 tahun, selepas menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Perlawanan itu adalah percubaan kali keempat Terengganu sepanjang tempoh kempen Piala HMS Malaya yang bermula pada 1921 dan Piala Malaysia pada 1967.

Sebelum itu, skuad yang dikenali dengan gelaran Penyu tewas dalam tiga perlawanan akhir. Mereka tewas kepada Selangor pada 1973 dan 1982 dan kalah kepada Perak pada 1998. Tahun ini penyu tidak menangis lagi.

Kejayaan itu juga berjaya menebus dendam kekalahan kepada Perak pada aksi akhir kali ke-32 di Stadium Nasional pada 1998.

Kerajaan Negeri turut mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan bersejarah itu.

Pada perlawanan malam ini, pemain tengah Terengganu, Hairuddin Omar yang juga ketua pasukan Bawah-23 mendapat hadiah bonus apabila terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Pemain itu turut muncul sebagai penjaring terbanyak pasukannya dalam kempen Piala Malaysia dengan jumlah enam gol.

Bagi Perak, mereka gagal mempertahankan kejuaraan yang disandang musim lalu.

Dalam perlawanan malam ini, Terengganu ketinggalan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Mohd. Rafdi Rashid pada minit ke-17 tetapi bangkit dengan dua gol pada babak kedua dalam tempoh lima minit untuk mendahului 2-1.

Rosdi Talib menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi sepakan penalti selepas Wan Rohaimi Wan Ismail dijatuhkan oleh pemain pertahanan Perak, K. Nantha Kumar dalam kotak penalti.

Penyerang, Sapian Wahid menambah gol kedua Terengganu pada minit ke-59 hasil sepakan leret.
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.