Info Terkini :

T-Team Intai Pemain Berpontensi Untuk Musim Depan


KUALA TERENGGANU: Pihak pengurusan pasukan bola sepak berstatus kelab, T-Team Selasa berada di ibu negara untuk berbincang dengan beberapa pemain dari pasukan dan kelab yang dijangka bakal mengisi slot pasukan 'The Titans' untuk saingan Liga Malaysia, musim depan.

Penolong pengurus pasukan Mohamad Sekanther Hamid berkata pegawai T-Team itu akan berbincang dengan bekas-bekas pemain antaranya dari pasukan PKNS, Felda United dan Perak yang dilihat berpotensi.

"Amar Rohidan dan S.Chanturu antara nama yang dikaitkan dengan The Titans"

"Buat masa ini, kita telah penggil lima pemain untuk berbincang pada hari ini, namun begitu terdapat beberapa orang lagi pemain yang tidak dipanggil juga sanggup datang berbincang," katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya perbincangan itu sepatutnya diadakan di Kuala Terengganu minggu lepas, namun terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mohamad Sekanther berkata pemain tersebut terdiri daripada pelbagai posisi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain yang digugurkan selain ada yang keluar berhijrah ke pasukan lain.

Katanya T-Team memerlukan sekurang-kurangnya 10 pemain tempatan dan tiga pemain import untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap dalam menghadapi saingan Liga Super musim depan.

"Sekarang kita cuma ada 15 pemain dan kita perlu berdaftar seramai 28 pemain kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk saingan liga musim baru nanti," katanya.

"Kelibat Bojan Hodak di Terengganu pada 28 Oktober 2013" - Gambar : MediaTurtle

Selain pemain, beliau berkata T-Team juga sedang mencari jurulatih baru bagi mengendalikan pasukan itu tahun depan.

Beliau berkata hasrat T-Team untuk menggunakan khidmat pemain import kelahiran Singapura mungkin tidak tercapai kerana pemain berkenaan dikatakan masih ingin kekal dengan pasukan kebangsaan negara itu.

"Safuwan Baharudin menolak tawaran untuk bersama The Titans musim depan"

Mohamad Sekanther berkata pihaknya berkemungkinan akan mengintai pemain dari Jepun untuk mengisi kuota pemain import Asia, sebagaimana yang dikehendaki FAM. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.