Info Terkini :

Perit Buat Skuad Ong Kim Swee

Kuala Lumpur: Seramai 26 pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan skuad B-23 negara bermula hari ini, terbabit dengan jadual padat untuk aksi pemanas badan menjelang Sukan SEA Myanmar, Disember ini.

Pemain terbabit termasuk 18 pemain Harimau Muda A akan menyertai Kejohanan Bank for Investment and Development of Cambodia Cup (BIDC) 2013, selama 11 hari bermula Khamis ini dan kemudian perlawanan persahabatan dengan skuad B-23 Jordan pada 11 November.

“Kejohanan BIDC 2013 yang berlangsung di Phnom Penh itu disertai enam negara dari Asia Tenggara.

Bertapa di Amman

“Selepas memerah keringat dalam 11 hari, skuad bimbingan Ong Kim Swee itu kemudian bakal ‘bertapa’ di Amman, Jordan selama 10 hari untuk perlawanan persahabatan selain latihan antarabangsa,” kata kenyataan media dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Antara pemain baru yang disenaraikan dalam skuad B-23 ialah pemain Sarawak, Ashri Chuchu; dua pemain Harimau Muda B, Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris dan Muhammad Ridzuan Abdunloh Pula; Mohammad Nasir Basharuddin (Perak); S Sivanesan (Negeri Sembilan); Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu) dan Muhammad Safwan Hashim (Tentera). - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.