Info Terkini :

Skuad Penyu Perlu Fokus Untuk Ke Separuh Akhir

Kuala Terengganu: Pengendali skuad Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim mahu anak buahnya kekal fokus sambil memperkemas corak permainan berdepan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia hujung minggu ini.

Sekalipun gagal mencatat kemenangan selepas diikat 0-0 di Kuala Terengganu, beliau mengakui perluang kedua-dua pasukan masih seimbang.

“Tidak ada kelebihan beraksi di gelanggang sendiri termasuk juga di Stadium Larkin.

“Malah tekanan tuan rumah akan bertambah memburu jaringan dan tumpuan mereka hanyalah memburu gol.

“Disinilah peluang buat pemain Terengganu mencuri kesempatan atas kecuaian lawan dengan melancarkan serangan kilat meledak gol,” katanya.

Beliau berpuas hati dengan komitmen dan persembahan pemain dan semangat mereka kini semakin berkobar.

"Seperti saya katakan mereka pasti akan bermain berhabis-habisan untuk menang.

“Mereka akan menyerang dan tidak lagi banyak mengawal bola di posisi tengah jadi inilah peluang kami membuat kejutan,” katanya.

Apa yang penting, kata Abdul Rahman pemain Terengganu tidak harus tenggelam dengan sorakan dan tindakan provokasi penyokong Johor DT.

“Saya mahu pemain tenang, fokus dan tidak terbawa-bawa gelagat penonton pada aksi timbal balik nanti.

“Misi kita adalah layak ke separuh akhir dan hanya itu perlu difikirkan pemain,” katanya. - HARIAN METRO
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.