KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim mahu anak buahnya memperkemas corak permainan dan mengekal prestasi terbaik dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang lawan, Sabtu depan.
Beliau berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan di tempat sendiri malam tadi, namun menyedari laluan sukar yang menanti di Larkin.
"Mereka (JDT) pasti akan bermain berhabis-habisan untuk menang. Mereka akan menyerang dan tidak lagi banyak mengawal bola di posisi tengah seperti malam tadi.
"Ini menyebabkan pemain Terengganu kehilangan tenaga kerana corak permainan JDT yang banyak melakukan hantaran bola kepada rakan-rakan mereka di tengah padang," katanya. - BERNAMA