Kuala Terengganu: “Seperti perlawanan bola sepak antara kampung,”
Itu pandangan dan nada meluat diluahkan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung perubahan tarikh saingan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini ditunda kepada 17 Oktober hanya disebabkan seorang pemain import Johor DT tidak dapat beraksi.
Beliau berkata, keputusan tidak masuk akal dan pelik serta tidak bermaruah itu jelas memperlihatkan badan induk bola sepak negara itu mudah tunduk dengan desakan selain tidak ada prinsip sekali gus menimbulkan pelbagai soalan yang perlu diperjelaskan ketika pemain Terengganu dan penyokong setia sudah bersedia untuk bertandang ke Johor, Sabtu ini.
“Saya ingin buka mata dan timbulkan persoalan kepada FAM, jika mereka membenarkan permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk merombak tarikh disebabkan seorang pemain import tidak dapat beraksi pada tarikh berkenaan, adakah FAM membenarkan juga permohonan Terengganu bagi mengekalkan tarikh berkenaan?
“Ini persoalan yang FAM perlu jawab kerana perubahan tarikh ini bukan hanya membabitkan PBSNT tapi ribuan peminat setia Terengganu yang sudah menempah bas, tiket kapal terbang dan penginapan selain sudah memohon cuti untuk bertandang ke Stadium Larkin,” katanya.
Menurutnya, bagi PBSNT pula, ini bukan kali pertama tiket kapal terbang dan urusan berkaitan terpaksa diubah kerana sebelum ini jadual asal perlawanan pada 18 Oktober.
“Tapi jika FAM meneruskan permohonan PBNJ itu, ia bermakna kali kedua PBSNT terpaksa meminda tarikh yang sudah tentu membabitkan kewangan tinggi.
“Dalam soal ini, siapa yang mahu menanggung semua kos perjalanan dan penginapan terutama peminat yang sudah membuat persiapan awal, tidakkah FAM berfikir mengenai soal ini atau mereka hanya melihat sebelah pihak,” katanya yang mahukan FAM mengekalkan tarikh 11 Oktober.
Selain itu, Wan Ahmad Nizam berkata, ketika perbincangan untuk meminda tarikh itu dibuat, FAM tidak langsung memanggil wakil PBSNT untuk sama berkongsi idea bagi mencapai kata sepakat, sebaliknya hanya menghantar surat bagi memaklumkan perubahan tarikh berkenaan.
“Berdasarkan keputusan ini jelas memperlihatkan FAM berat sebelah dan tidak adil selain tidak mempunyai pendirian tetap yang boleh menyebabkan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya.
Sementara itu, Pengurus PBSNT Marzuki Sulong mengakui kem Terengganu terkejut dengan surat FAM semalam berhubung perubahan tarikh itu hanya disebabkan Hariss mewakili negaranya.
Menurutnya, bagi memastikan perancangan awal pasukan dan peminat Penyu yang akan bertandang ke Johor tidak tergendala, PBSNT sudah menghantar surat bantahan dan rayuan kepada FAM meminta jadual perlawanan pada Sabtu ini dikekalkan. - HARIAN METRO