Info Terkini :

MB Sokong PBSNT Boikot Aksi Suku Akhir Kedua

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menyokong penuh keputusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memboikot perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor Baharu pada 17 Oktober ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata beliau sudah memberi mandat penuh kepada PBSNT untuk membuat keputusan itu sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkeras untuk tidak mengubah perlawanan kepada tarikh asal, Sabtu ini.

"Sekiranya PBSNT akur dengan keputusan FAM, kerajaan negeri akan menyediakan 2,000 tiket percuma dan 50 buah bas kepada penyokong pasukan Terengganu.

"Ini adalah komitmen kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Transformasi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Peringkat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Seberang Takir, di sini, hari ini.

FAM menunda perlawanan itu di Stadium Larkin, Johor Baharu, atas permintaan JDT.

Esok, FAM dijangka mengadakan mesyuarat dengan wakil kedua-dua pasukan itu bagi membincangkan isu penangguhan tarikh tersebut.

Pada saingan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, Jumaat lalu, kedua-dua pasukan seri 0-0. - BERNAMA
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.