Info Terkini :

Isu Tiket: PBSNT Minta FAM Campur Tangan

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) diminta membantu untuk mendapatkan tiket tambahan untuk peminat Terengganu manyaksikan perlawanan suku akhir pusingan kedua Piala Malaysia antara Terengganu dan Johor di Stadium Larkin, Johor Baharu, Khamis ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT), Arpin Draman berkata, ini kerana setelah rayuan dibuat, setakat ini PBSNT hanya diluluskan peruntukan 50 tiket sahaja.

"Sebelum itu kita diluluskan 30 tiket, itupun kita masih merayu kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan FAM," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan PBSNT tidak berpuas hati kerana hanya diperuntukkan 30 tiket untuk perlawanan Terengganu menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Khamis ini.

Menurut Arpin, PBSNT telah menulis surat kepada FAM hari ini dan berharap badan induk itu akan melihat serta mengambil perhatian rayuan PBSNT itu.

"Dalam masa yang sama juga kita menulis surat kepada JDT supaya diberikan tiket tambahan," katanya.

Arpin berkata, FAM perlu melihat perkara ini kerana PBSNT merasakan jumlah tiket yang disediakan terlalu kecil berbanding peminat-peminat Terengganu yang akan datang.

Katanya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berjanji menyediakan 50 buah bas untuk membawa 2,000 penyokong Terengganu ke Johor.

Sementara itu, pengendali pasukan Terengganu Abdul Rahman Ibrahim berkata, semangat pasukannya sedikit sebanyak terjejas berikutan perubahan tarikh baharu perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia namun yakin anak buahnya akan menunjukkan persembahan terbaik.

Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin di sini Jumaat lepas. - Bernama
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.