INCHEON - Tiada apa-apa lagi selain ungkapan maaf yang mampu dilafazkan pemain pertahanan skuad Harimau Muda A, Muhammad Zubir Azmi selepas dilayangkan kad merah ketika ditewaskan Arab Saudi 0-3 dalam aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan Asia 2014 di Stadium Goyang, Incheon, Korea Selatan semalam.
Kekalahan itu menutup terus peluang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi mengulangi pencapaian skuad negara yang mara ke pusingan kedua pada temasya 2010 di Guangzhou, China apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan selepas terlebih dulu ditewaskan Korea Selatan pada aksi pertama sebelum kembali bangkit menewaskan Laos.
Pada aksi semalam, Zubir dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-33 selepas mengasari pemain Arab Saudi, Salleh Khalid Al-Shehri beberapa minit selepas dilayangkan kad kuning pertama oleh pengadil dari Thailand, Pu Udom.
"Saya sendiri tidak sangka dilayangkan kad kuning kedua secepat itu.
"Saya minta maaf kepada rakan-rakan dan juga peminat di tanah air kerana gagal membantu pasukan mara ke pusingan kedua," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan itu.
Zubir juga terharu dengan kesungguhan rakan-rakannya berjuang meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain hampir 60 minit dalam perlawanan itu.
"Memang sukar untuk memberikan saingan dengan kekurangan pemain, sejujurnya saya memang tidak berniat untuk menyusahkan rakan-rakan sepasukan," katanya kecewa.
Rakan sepasukan, Mohd. Fadhli Shas juga menyifatkan Arab Saudi terlalu kental untuk ditewaskan selain bijak memanfaatkan kelebihan sebaik ketiadaan Zubir.
"Saya yakin kami mampu memberikan tentangan jika beraksi dengan 11 pemain, tetapi perkara ini lumrah dalam bola sepak.
"Ia memang mengecewakan apabila kami tidak berjaya mara ke pusingan kedua," kata Fadhli. - KOSMO