Info Terkini :

Manaf Mamat Mahu Kekal Momentum

Shah Alam: “Bukan mudah berada dalam skuad Piala AFF,” kata penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat selepas membantu Malaysia menang 4-1 ke atas Kemboja dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Walaupun membantu Terengganu menempatkan diri di pusingan suku akhir Piala Malaysia 2014, penyerang kelahiran Setiu itu mengakui banyak perlu diperbaiki jika mahu menarik minat pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh menyenaraikannya beraksi di kejohanan dwitahunan itu.

“Banyak perlu diperbaiki terutama dari segi penyudah dan juga kombinasi dengan pemain lain,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Manaf, yang beraksi buat kali pertama dengan skuad kebangsaan pada 2009 menentang Arab Saudi, memperagakan aksi memberangsangkan pada awal saingan dan turut terbabit dalam gol kedua skuad kebangsaan pada minit ke-17 hasil gol sendiri pemain Kemboja, Moul Daravron.

“Saya harap dapat menarik perhatian jurulatih dan disenaraikan dalam skuad kebangsaan, namun ia perlu di buktikan ketika di padang.

“Semua pemain ingin menyarung jersi kebangsaan, begitu juga saya yang berjanji akan memberikan aksi terbaik untuk perlawanan selepas ini,” kata pemain yang membantu skuad bawah 23 tahun memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 Laos.

Abdul Manaf berkata, walaupun berjaya menang dengan jumlah jaringan yang besar, tetapi banyak kelemahan perlu diperbaiki.

“Kita berada dalam Kumpulan B yang turut menempatkan beberapa pasukan bagus, saya harap semua pemain termasuk saya sendiri melakukan persediaan dengan sempurna sebelum kejohanan sebenar,” katanya.

Selain Abdul Manaf, Dollah turut mencuba beberapa pe nyerang seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Bobby Gonzales untuk persiapan Piala Suzuki AFF 2014.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan, Singapura, Thailand dan juga juara peringkat kelayakan. - HARIAN METRO
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.