Kuala Terengganu: Bekas pemain kebangsaan, Anuar Abu Bakar kekal sebagai jurulatih pasukan T-Team yang akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan.
Pengurus pasukan Datuk Rozi Mamat berkata, pihak pengurusan belum bermesyuarat berhubung perkara tersebut setakat ini. “Kita belum buat keputusan, setakat ini masih kekalkan Anuar,” katanya kepada pemberita ketika ditanya status jurulatih kelahiran Muar itu sama ada akan digugurkan atau sebaliknya.
Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri berkata, perkara itu akan dimaklumkan sebaik saja keputusan dibuat. - BERNAMA