Kuala Terengganu: Pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh menuntut semua 27 pemain yang akan menentang Terengganu dalam aksi persahabatan amal malam ini supaya memberikan persembahan terbaik.
Menurutnya, biarpun hanya perlawanan amal untuk mengutip kutipan derma, semua pemain harus menyajikan aksi terbaik mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk disenaraikan dalam 22 pemain terakhir bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2014 di Singapura, pada November.
“Saya mengakui sudah ada bayangan 22 pemain, namun perlu tunggu hingga malam esok kerana semua 27 pemain yang ada dalam skuad ini berpeluang disenaraikan kerana semua mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing,” katanya, semalam.
Dollah berkata, beliau akan menumpukan latihan penuh selepas senarai 22 pemain itu diumumkan kerana tidak memiliki banyak masa untuk menyiapkan diri bagi menghadapi temasya dwitahunan itu. Kem latihan pusat Piala Suzuki AFF bermula pada 6 Oktober.
Pada perlawanan bertemu skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim, Dollah merancang untuk menurunkan semua pemain kecuali Mohd Hafiz Kamal dan R Gopinathan yang cedera. - HARIAN METRO