Info Terkini :

Harimau Malaya Menang Tipis Lawan Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pasukan Harimau Malaya menang tipis 4-3 dengan Terengganu selepas ditentang hebat dalam perlawanan amal di hadapan kira-kira 10,000 penonton di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, Rabu malam.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi ketua pasukan Safiq Rahim yang berjaya mengelirukan beberapa pemain tuan rumah di dalam kota penalti sebelum merembat masuk bola ke dalam gawang Terengganu pada minit ke-31.

Kealpaan Skuad Penyu sekali lagi dihukum pelawat selepas Mohd Azmi Muslim bijak mencari ruang dan menewaskan Mohd Sharbinee Allawee hasil rembatan dari dalam kotak penalti pada minit ke-35.

Pasukan tuan rumah terus menggandakan asakan dan berjaya merapatkan jurang selepas dihadiahkan sepakan penalti setelah Shukor Adam mengasari Mohd Faiz Subri dan Ismail Faruqi Ashari berjaya menyempurnakan sepakan pada minit ke-38.

Pada minit ke-43 Mohd Ashaari Shamsuddin berjaya menyamakan kedudukan selepas berjaya menyambar dan menendang masuk bola hasil lorongan Mohd Faiz Subri.

Berselang dua minit anak didik Abdul Rahman Ibrahim menerusi Mohd Faiz Subri terus menambah derita pasukan pelawat selepas merembat masuk hantaran sudut daripada ketua pasukan Zairo Anuar Zailani.

Namun kegembiraan ribuan penyokong tuan rumah tidak bertahan lama kerana sebaik bermula babak kedua Harimau Melaya meneruskan penguasaannya dan berjaya mengikat kedudukan hasil tendangan Mohd Badhri Radzi dalam kotak penalti pada minit ke-53.

Pada minit ke-58 penyerang kebangsaan kelahiran Terengganu Abdul Manaf Mamat terus melebarkan jurang selepas berjaya menggelecek beberapa pemain lawan di dalam kotak penalti sebelum menolak masuk bola ke dalam gawang untuk gol keempat pelawat. - BERNAMA
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.