SEMINGGU sebelum aksi suku akhir Piala Malaysia mengambil tempatnya, Terengganu dilihat sudah cukup bersedia melayan kunjungan juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) di hadapan penyokong sendiri.
Apa tidaknya, persiapan cukup rapi telah diatur pengendali disengani, Abdul Rahman Ibrahim dalam memastikan prestasi anak-anak buahnya berada pada tahap maksimum sebelum bertemu pasukan berpengkalan di selatan tahah air itu dengan misi membawa bekalan selesa pada aksi timbal balas di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor nanti.
TERUS UJI
Selain memperhebatkan rutin latihan pasukan, kem Terengganu turut mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dalam tempoh seminggu terakhir bertemu Pahang, skuad kebangsaan (perlawanan amal) dan Kelantan yang dijadual berlangsung malam nanti.
Meskipun tewas dalam dua perlawanan awal itu ketika berkunjung ke Kuantan (1-2) dan Harimau Malaya (3-4) di laman sendiri , Rabu lalu, namun bekas ketua jurulatih PKNS itu tetap berpuas hati terhadap prestasi ditonjolkan pasukannya apabila rata-rata pemain berjaya memperbaiki corak permainan dengan lebih baik.
Malah Abdul Rahman juga bakal mengaplikasikan beberapa pendekatan yang dilakukan skuad kebangsaan khususnya membabitkan aspek serangan selain kekuatan fizikal pemain ketika beraksi di dalam padang.
MILIKI KUALITI
Mengakui bukan mudah menundukkan skuad kendalian Dollah Salleh itu yang rata-rata pemainnya memiliki standard permainan bertaraf antarabangsa, tetapi Abdul Rahman cukup berbangga kerana anak buahnya mampu memberi tentangan sengit sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Lebih meyakinkan skuad kendaliannya itu berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk berada di depan apabila berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir sebelum tamat perlawanan menerusi sepakan penalti Ismail Faruqi Ashaari (minit 38), Mohd Ashaari Shamsuddin (minit 43) dan Mohd Faiz Subri (minit 45).
Jika dilihat secara keseluruhannya Terengganu tidak berdepan dengan sebarang masalah dalam merealisasikan misi meraih kemenangan pada pertemuan yang cukup penting buat skuad Penyu itu biarpun umum mengetahui JDT mempunyai ramai barisan pemain berkualiti.
USAH LEKA
Begitu pun, kembali tiga tonggak utama, Nor Farhan Mohamad, Abdul Manaf Mamat dan Mohd Zubir Azmi yang mengalas cabaran negara sebelum ini pastinya memantapkan lagi gandingan pemain sedia ada dalam merencanakan aksi-aksi menarik di atas padang.
Malah kekentalan benteng pertahanan skuad Penyu yang diterajui Vincent Bikana dan gandingannya Ahmad Azlan Zainal bakal menjadi aset paling berharga buat kem Terengganu dalam memastikan gawang gol tidak mudah untuk dibolosi pasukan lawan.
Walau bagaimanapun pertahanan Terengganu seharusnya perlu lebih berhati-hati dalam mengekang asakan lawan kerana dengan hanya sedikit kesilapan mudah nescaya impian untuk mara ke pusingan seterusnya pastinya bakal berdepan laluan sukar.
Apa pun, pastinya Abdul Rahman Ibrahim sudah mempunyai perancangannya tersendiri dalam menyekat hajat Harimau Selatan dan hanya khidmat pemain terbaik sahaja bakal menyarung jersi hitam putih untuk bertarung sehingga ke minit terakhir dalam meraih kejayaan sekali gus menghadiahkan senyuman bangga buat ribuan penyokong tuan rumah nanti. - SINAR HARIAN