Info Terkini :

Skuad Penyu Tak Gentar Reputasi Harimau Selatan

KUALA TERENGGANU: Terengganu tiada sebab untuk berasa gerun apabila berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan suku akhir pertama, kejohanan bola sepak Piala Malaysia, Sabtu ini.

Malah, skuad Penyu berazam mahu mencari bekalan selesa di hadapan penyokong setia mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebelum bertandang ke gelanggang lawan pada pusingan suku akhir kedua pada 18 Oktober ini.

Justeru, Terengganu menyimpan hasrat untuk mencipta kejutan ke atas juara Liga Super musim ini.

"Perlawanan suku akhir pertama ini lebih diibaratkan 'hidup mati' untuk mencari tempat ke peringkat separuh akhir dalam kempen Piala Malaysia," kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong, hari ini.

Biarpun mengakui kehebatan pasukan Harimau Selatan itu, namun katanya mereka tidak akan menyerah kalah dengan reputasi menakutkan pasukan lawannya itu.

Beliau berkata mencari kemenangan ke atas JDT sudah tentu bukan tugas mudah malah memerlukan satu percaturan yang sempurna selain komitmen penuh daripada semua pemain.

Beliau berkata saingan suku akhir adalah fasa berbeza dalam kempen Piala Malaysia malah menurutnya mana-mana pasukan mampu merangkul kejuaraan musim ini.

Justeru, Terengganu tetap akan mempertaruhkan barisan terkuat bagi memastikan kemenangan ke atas JDT dengan kelebihan selesa jaringan, katanya. - BERNAMA
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.