Info Terkini :

PBSNT Lantik Bekas Pemain Anggotai Jawatankuasa Penilai

KEMAMAN: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) melantik beberapa orang bekas pemain bola sepak negeri dan kebangsaan menduduki jawatankuasa penilai pemain musim 2015.

Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata antara pemain negeri dan kebangsaan yang dilantik dalam jawatankuasa 10 anggota itu ialah Nor Zaidi Mohamad dan Zulkifli Hamzah.

"Kedua-dua pemain ini pernah mengharumkan nama Terengganu dan negara pada zaman kegemilangan mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu antara lain berperanan memberi komen atau penilaian mana-mana pemain yang boleh dikekalkan dalam skuad Terengganu pada musim akan datang.

Dalam hal ini beliau berkata PBSNT amat memerlukan pandangan bekas-bekas pemain negeri supaya pasukan Terengganu lebih baik dan padu pada masa depan.

Wan Ahmad Nizam berkata pemilihan dan penilaian pemain Terengganu sekarang sedang berjalan.

Mengenai pertemuan Terengganu dan Johor Darul Takzim di peringkat suku akhir Piala Malaysia di sini Jumaat ini, beliau berkata Terengganu sudah bersedia keseluruhannya. - BERNAMA
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.