INCHEON - Sedar peluang untuk menembusi pertahanan Arab Saudi nampak sukar menyebabkan penyerang Harimau Muda A, Mohd. Nor Farhan Muhammad menagih bantuan dari bahagian tengah bagi membolehkannya meledak gol.
Skuad Bawah 23 tahun perlu mendapatkan kemenangan ketika menentang Arab Saudi dalam aksi terakhir Kumpulan A, esok di Stadium Goyang bagi melayakkan diri ke pusingan kedua.
Mohd. Nor Farhan berkata, bahagian tengah perlu membantunya melalui hantaran yang baik kerana bukan mudah untuk menembusi pertahanan pasukan lawan yang dijangka menutup ruang buat jentera serangan negara.
Tambahnya, setiap pemain mempunyai sasaran tersendiri dan bagi dirinya adalah untuk membantu pasukan mendapatkan jaringan dalam usaha mendapatkan kemenangan.
"Sekiranya tidak berupaya meledak gol saya akan cuba membantu untuk mencipta jaringan kerana semua pemain sedar bahawa perlawanan menentang Arab Saudi amat penting buat kami.
"Saya akan beri yang terbaik selain berharap rakan sepasukan bekerja keras kerana Arab Saudi amat hebat, namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku," katanya ketika ditemui sebelum menjalani latihan di padang Institut Teknologi Pembinaan Korea, di sini semalam.
Pada aksi menentang Laos Rabu lalu Mohd. Nor Farhan menjaringkan satu gol selepas mendapat hantaran kemas Gary Steven Robbat di dalam kawasan kotak penalti.
Sementara itu, ditanya mengenai prestasi yang sedikit perlahan dipamerkan pada aksi menentang Laos, Farhan memberitahu semuanya ada kaitan dengan cuaca di sini.
"Pada perlawanan menentang Laos boleh dikatakan cuaca agak sejuk ketika itu dan itu mungkin salah satu sebab mempengaruhi permainan saya.
"Bagaimanapun, pada aksi kali ini menentang Arab Saudi saya akan berusaha memastikan semuanya dapat berlangsung dengan baik," katanya.- UTUSAN