Kuala Terengganu: Atas kertas, Terengganu memang bukan pilihan ke separuh akhir Piala Malaysia apabila dijadual bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT), namun pertahanan kental, Hasmizan Kamarodin mengakui mereka tetap mempunyai kelebihan melakukan kejutan apabila berentap di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 3 Oktober ini.
Hasmizan yang juga kapten Terengganu berkata, jika lawan dibarisi pemain kebangsaan, skuad Penyu juga tidak kurang hebatnya dengan rangkaian pemain berpengalaman.
“Saya tetap optimis Terengganu mampu memberi cabaran hebat kerana kami turut memiliki pemain berkualiti yang mampu membentuk gandingan mantap di setiap posisi apatah lagi dibimbing jurulatih berpengalaman Abdul Rahman Ibrahim.
“Namun, peluang Terengganu dan Johor DT boleh dianggap seimbang berdasarkan perlawanan liga apabila masing-masing menang sekali dan tewas sekali,” katanya.
Bagi memastikan impian itu tercapai, pemain yang lahir daripada program MyTeam itu mengharapkan rakan sepasukan perlu berusaha lebih keras kerana lawan bukan mudah ditewaskan.
“Kita sedar bukan mudah untuk tundukkan mereka, namun saya tetap menuntut rakan sepasukan beraksi lebih baik untuk bekalan selesa sebelum perlawanan timbal balik pada 17 Oktober,” katanya.
Pertahanan berusia 30 tahun itu turut mengharapkan dua pemain import, Andres Estupinan dari Colombia dan Moustapha Dabo (Liberia) yang disisihkan jurulatih kerana prestasi tidak konsisten dapat meningkatkan kualiti.
“Kudrat pemain import terutama dalam saingan suku akhir perlu untuk memantapkan pasukan dan sebagai kapten, saya menyeru kedua-dua pemain itu supaya meningkatkan prestasi,” katanya. - Harian Metro