Info Terkini :

Skuad Penyu Bersedia Bertemu Harimau Selatan

Kuala Terengganu: Pasukan bola sepak Terengganu sewajarnya membuat persedian rapi sama ada berkaitan fikizal atau mental sebelum bertemu pasukan lawan dari Selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT)  untuk perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin pada 3 Oktober ini,.

Bagaimanapun, menurut Presiden Pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, pasukan Terengganu tidak gentar untuk menghadapi perlawanan yang dijangka sengit itu, kerana pelbagai persediaan rapi dilaksanakan semata-mata mahu menjulang Piala Malaysia..

“Skuad kami sekarang telah aturkan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan dari negeri lain termasuk dengan pasukan kebangsaan yang dikendalikan oleh Dollah Salleh”, katanya kepada Teganukita.

Tambahnya, pasukan Terengganu mempunyai satu kelebihan jika bertemu dengan pasukan yang kuat kerana pemain akan turut menunjukkan corak perlawanan yang berbeza.

“Walaupun JDT mempunyai pemain yang lebih berpengalaman, saya yakin pemain kami juga akan menunjukkan corak permainan yang berbeza dari apa yang kita dapat lihat pada permainan sebelum ini”, ujarnya.

Wan Ahmad Nizam menyeru agar penyokong turun beramai-ramai ke SSINS untuk memberi sokongan kepada skuad penyu serta menjaga tingkah laku ketika berada di stadium. - Teganu Kita
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.