Info Terkini :

Stadium Bukit Jalil Boleh Digunakan Bulan Depan

PETALING JAYA: Stadium Nasional Bukit Jalil yang sebelum ini ditutup sejak Oktober tahun lepas bagi proses pembaikan padang rumput, dijangka boleh digunakan semula bulan depan.

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Rozabil Abd Rahman berkata buat masa ini pihaknya masih menutup stadium itu bagi sebarang aktiviti untuk memastikan proses pembaikan padang rumput berjalan seperti yang dirancang.

Beliau menjelaskan pihaknya turut mendapatkan nasihat daripada pensyarah Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Abdul Shukor Juraimi bagi memastikan keadaan rumput di stadium itu berada dalam keadaan elok.

"Dengan penggunaan 'grow light' yang diimport dari Belanda dan dipasang di kawasan tertentu di sekitar stadium selama 16 jam sehari, saya rasa keadaan padang akan bertambah baik," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan penajaan Kejohanan Futsal AFF 2014 di Wisma FAM di sini hari ini.

Rozabil berkata selain kaedah 'grow light' iaitu pemasangan lampu LED bagi mengatasi masalah kekurangan pencahayaan, pihaknya turut memasang kipas bersaiz besar di kawasan tertentu sekitar stadium bagi pengudaraan lebih baik kepada pertumbuhan rumput.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak membenarkan sebarang aktiviti selain bola sepak dijalankan selepas padang itu dibuka bagi memastikan keadaan rumput tidak terjejas.

Katanya, kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati rumput di stadium berkenaan cepat rosak kerana tidak mendapat pencahayaan yang mencukupi selain digunakan untuk aktiviti bukan bola sepak.

"Masalah sebegini bukan baharu dan bukan sahaja berlaku di Stadium Nasional malah di beberapa stadium lain," katanya. - BERNAMA
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.