SELEPAS meraih kemenangan kedua berturut ketika bertemu Perak Sabtu, pasukan Terengganu kini lebih bersedia bagi menghadapi tiga lagi baki perlawanan saingan kumpulan B, kempen Piala Malaysia khususnya dalam aksi timbal balik menentang skuad The Bos Gaurus di Stadium Perak, Ipoh malam nanti.
Meskipun menyedari ketiadaan tonggak import di bahagian serangan sedikit menyukarkan buat pasukan, namun pengendalinya, Abdul Rahman Ibrahim sekali lagi mempertaruhkan penyerang tempatan dalam misi meraih mata penuh pada pertemuan itu nanti.
Menurutnya, beliau mengharapkan percaturan itu mampu membawa kejayaan dan gandingan Abdul Manaf Mamat dan Nor Farhan Muhammad mampu menggalas tanggungjawab cemerlang sebagaimana dibuktikan dalam dua perlawanan sebelum ini.
“Sememangnya kita masih belum memutuskan kesebelasan utama tetapi barisan terkuat akan menjadi sandaran bagi mengekang Perak.
“Apa yang pasti saingan malam ini amat sengit kerana tuan rumah turun dengan misi menebus kekalahan mereka Sabtu lalu dan beraksi di gelanggang mereka akan memberi sedikit kelebihan buat mereka,” katanya.
Dalam pada itu, bekas ketua jurulatih PKNS FC itu mengakui bakal menurunkan barisan terbaik.
Katanya, pihaknya berkemungkinan akan mempertaruhkan dua penyerang import, Moustapha Dabo dan Javier Estupinan dalam perlawanan itu sekiranya kedua-dua mereka menunjukkan pretasi membanggakan dalam latihan terakhir nanti. - Sinar Harian