Info Terkini :

The Bos Gaurus Mahu Elak Dimalukan Skuad Penyu

IPOH - Tewas kepada Terengganu di padang lawan pada Sabtu lalu tidak menjejaskan rentak Perak apabila berdepan lawan yang sama di laman sendiri dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Perak hari ini.

Jurulatih Bos Gaurus, Abu Bakar Fadzim yakin kekalahan 1-2 pasukannya kepada skuad Penyu di Kuala Terengganu tempoh hari tidak akan berulang.

Abu Bakar atau Burn yakin mampu menukar keputusan tempoh hari dengan memastikan kemenangan memihak pasukan tuan rumah.

Katanya, pemain Perak akan turun beraksi bukan sahaja dengan kelebihan di depan penyokong sendiri tetapi juga dengan azam melakar kemenangan ketiga berturut-turut di laman sendiri dalam kempen Piala Malaysia.

"Perak meraih enam mata maksimum dalam dua aksi awal peringkat kumpulan sebelum pertama kali beraksi di tempat lawan dalam perlawanan ketiga (di Kuala Terengganu) Sabtu lalu tetapi kita kalah.

"Hari ini untuk aksi pembukaan pusingan kedua peringkat kumpulan, Perak kembali beraksi di laman sendiri.

"Berdasarkan dua kemenangan berturut-turut di laman sendiri, saya yakin Perak akan bangkit daripada kekalahan Sabtu lalu untuk mencatat kemenangan ketiga," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Abu Bakar, pasukannya tidak mempunyai pilihan selain menewaskan pelawat untuk kekal sebagai pendahulu Kumpulan B yang akan mencerahkan peluang ke suku akhir.

Namun persediaan Perak sedikit terjejas ekoran kecederaan penjaga gol, Razi Effendi Suhit dan tonggak pertahanan, Azmeer Yusoff.

"Kecederaan mereka tidak begitu serius tetapi jika tidak sempat pulih saya terpaksa mengatur strategi lain," katanya. - Utusan
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.