Selepas Gagal mengutip sebarang mata pada aksi pembuka tirai kempen Piala Malaysia Khamis lalu, kini pasukan Terengganu membawa dua misi penting bertemu Kedah di Stadium Darul Aman malam nanti.
Dua misi itu adalah untuk menamatkan badi berdepan kedah dan meraih kemenangan pertama dalam aksi Kumpula B selepas tewas 2-3 kepada Sarawak Khamis lalu, di tempat lawan.
Pengurus pasukannya, Marzuki Sulong enggan mempercayai status badi itu dan menuntut skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim turun dengan semangat baharu serta berusaha habis-habisan bagi mengelak daripada kekalahan kedua.
Menurutnya, walaupun berdepan dengan tugas berat apabila bermain dihadapan puluhan ribu penyokong Hijau Kuning, namun yakin perlawanan itu mampu menjadi milik Terengganu jika pemain berjaya melaksanakan apa yang dirancang dengan baik di dalam padang.
"Saya optimis dengan kemampuan dan prestasi semasa pemain ketika ini untuk menampilkan persembahan cemerlang pada perlawanan itu nanti, sekali gus menamatkan badi kepada Kedah.
"Kita sedar sebelum ini, badi menghantui pasukan apabila bertemu Kedah. Namun, saya harap masalah itu tidak lagi ada dan pemain dapat memperagakan aksi terbaik mereka,"katanya, semalam.
Dalam pada itu, Marzuki berkata, pihaknya sudah memperkemaskan kelemahan yang ada dalam pasukan dan yakin kesebelasan diturunkan nanti berjaya memperagakan aksi lebih memberangsangkan.
Katanya, diharapkan jentera serangan mampu memainkan peranan mencari jaringan awal dan menggelak kesilapan ketika tewas kepada Sarawak.
"Bagi perlawanan bertemu Kedah ini kita masih memberi keutamaan kepada pemain tempatan dalam membarisi kesebelasan utama pasukan dan saya yakin strategi diterapkan Abdul Rahman mampu mempamerkan permainan berkualiti serta semangat juang tinggi," katanya