Info Terkini :

Ambil Iktibar Kekalahan, Bangkit Atasi Sime Darby

Kuala Terengganu: Jurulatih T-Team Anuar Abu Bakar menggesa anak buahnya segera melupakan episod duka dicalar Selangor di laman sendiri, Rabu lalu dengan bangkit membenam cabaran Sime Darby FC dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Jurulatih berusia 43 tahun itu berkata, kekalahan kepada Red Giants dalam aksi pertama kumpulan perlu dijadikan pengajaran berguna kerana pemain The Titans banyak menguasai permainan terutama babak pertama hingga mendahului lawan.

“Kami perlu menewaskan Sime Darby kerana selepas ini akan ke Paroi untuk bertemu juara Liga Perdana, PDRM.

“Kegagalan mengutip mata bakal menyukarkan kami menempatkan diri dalam dua tempat teratas kumpulan,” katanya.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, bagi memastikan matlamat mengutip mata tercapai, rombakan kecil akan dilakukan terutama di posisi pertahanan dan serangan.

“Sime Darby juga mahukan kemenangan selepas tewas 0-3 kepada PDRM, saya harap pemain beraksi habis-habisan,” katanya.

Mengenai prestasi pemain importnya, pengendali yang baru 11 hari melatih The Titans itu mengakui belum puas hati dengan tahap pencapaian dan berharap mereka mampu mempamerkan aksi terbaik.

“Pemain import kami bagus, mereka perlu buktikan kehebatan untuk membantu kami menang,” katanya. - Harian Metro
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.