Info Terkini :

Skuad Penyu, The Titans Digesa Untuk Bangkit

Kuala Terengganu: Malang buat Terengganu apabila dua pasukannya bermula dengan langkah sumbang selepas masing-masing tumbang dalam aksi sulung Piala Malaysia minggu lalu.

Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat mahu kedua-dua pasukan Terengganu dan T-Team bangkit melawan dalam perlawanan berikutnya.

Terengganu yang kalah 3-2 kepada Sarawak di Kuching minggu lalu bakal bertandang ke Alor Setar untuk berdepan Kedah dalam aksi Kumpulan B esok.

T-Team pula akan menerima kunjungan Sime Darby di Kuala Terengganu, enam hari selepas tewas 1-2 kepada juara 32 kali, Selangor di depan penyokong sendiri.

"Ya, memang kita kalah dalam perlawanan pertama baru-baru ini, namun saya harap kedua-dua pasukan, terutama Terengganu dapat menyesuaikan diri dengan cepat untuk mengharungi perlawanan kedua dan seterusnya.

"Mereka perlu melakukan yang terbaik untuk Terengganu," katanya ketika ditemui semasa menghadiri rumah terbuka Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di Gong Badak dekat sini.

Rozi yang juga pengurus T-Team berharap, kedua-dua pasukan mampu memperkemaskan corak permainan, selain mempamer semangat berpasukan.

Beliau yakin, Terengganu dan T-Team sudah bersedia untuk melakukan kebangkitan esok.

"Kalau kita lihat, kedua-dua pasukan ini sebenarnya tidak ada masalah pun (dalam perlawanan pertama), tetapi saya tak tahulah mungkin mereka bermasalah dari segi strategi atau (kekuatan) mental," ujarnya lagi
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.