Alor Setar: Kedah berputih mata di gelanggang sendiri apabila Terengganu menghidupkan peluangnya semula dengan mengaibkan tuan rumah di Stadium Darulaman malam tadi.
Pertemuan antara Kedah dengan Terengganu bermula sama berat tetapi pasukan pelawat yang terlebih dulu berada di depan minit kelapan menerusi cubaan dari luar kotak penalti oleh Ashaari Shamsudin.
foto: Asiana.my
Selepas jaringan itu, Terengganu mula menekan pertahanan tuan rumah tetapi gagal menambah jaringan sehinggalah pada minit ke-44 apabila cubaan Ashaari dari dalam kotak penalti sekali lagi gagal ditampan penjaga gol Kedah Abdul Hadi untuk membolehkan pelawat selesa mengemudi perlawanan.
Bagaimanapun, seminit kemudian, tendangan kencang penyerang Kedah Billy Osman Mehmet dari jarak 30 meter terkena kaki pemain pertahanan Terengganu yang terus mencecah jaring pelawat untuk tuan rumah merapatkan jurang perbezaan gol.
Bersambung babak kedua permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi Kedah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 menerusi Baddrol Bakhtiar.
Baddrol manfaatkan tendangan bebas yang dihadiahkan pengadil apabila Namkung Woong dikasari pertahanan lawan dan tendangan kencang pemain kebangsaan itu gagal di selamatkan Sharbinee Allawee.
Terengganu bagaimanapun memperoleh gol kemenangan pada minit ke-73 apabila tendangan pemain import pelawat, Mario Karlovic melepasi jangkauan penjaga gol gantian tuan rumah, Saiful Amar Sudar. - Harian Metro