Kuala Terengganu: Pengendali baru T-Team, Anuar Abu Bakar lulus ujian keduanya dalam mengendalikan The Titans apabila pasukannya melakar kemenangan ke atas Sime Darby, 2-1 dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
T-Team terlebih dulu menguji benteng pelawat menerusi kapten Marzuki Yusof pada minit kedua, namun sepakan pemain itu sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol.
Pasukan Sime Darby yang menaruh harapan mengutip tiga mata selepas dibedil PDRM minggu lalu tidak terlepas melakukan serangan balas dua minit selepas itu, namun gagal disudahkan pemain tengah Mohd Fazrul Hazli.
The Titans yang bakal beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan nyaris membuka jaringan menerusi pemain sayap Muhammad Safawi Rasid yang mendapat umpanan Muhamad Shahrin Sapien pada minit ke-12, namun sepakan leret pemain itu yang hanya berdepan penjaga gol Mohd Suffian Abd Rahman, tersasar sebelah kiri gol.
Selepas beberapa percubaan, corak permainan hambar mula menyelubungi kedua-dua pasukan hingga membosankan hampir 2,000 penonton yang hadir.
Bagaimanapun ketika perlawanan tampak berkesudahan seri tanpa jaringan, Sime Darby mendapat sepakan penalti apabila pemain import, Mahmoud Al Amna dijatuhkan Marzuki dan penyerang import, Dilshod Sharofetdinov bijak menyempurnakan sepakan untuk gol pertama pelawat.
Bersambung babak kedua, T-Team yang terdesak memburu jaringan terus melakukan asakan dan akhirnya berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke-57, juga menerusi sepakan penalti yang dimanfaatkan Leandro Dos Santos selepas Muhd Ramzul Zahini Adenan dikasari pertahanan lawan.
Selepas gol penyamaan itu, The Titans makin bersemangat dan akhirnya memperoleh gol kemenangan melalui pemain gantian Mohd Ramzul pada minit ke-81. - Harian Metro