Info Terkini :

Saya Akan Teruskan Tradisi Mantan Menteri Besar

Menteri Besar , Dato Ahmad Razif Abd Rahman semalam membuat pertemuan pertama secara rasmi dengan semua pemain pasukan bola sepak  Terengganu bagi meneruskan tradisi kepimpinan mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Ahmad Razif berkata sukan bola sepak merupakan antara sukan yang mempunyai ramai peminat dan kerajaan negeri masih lagi memberi fokus utama kepada sukan ini.

“ Legasi dari Dato’ Seri Ahmad Said selaku mantan Menteri Besar sebelum ini akan saya teruskan dengan memberi fokus utama terhadap mutu perlawanan supaya mampu  mengapai apa yang dicita-citakan.

“Kita akan melakukan sedikit penambahbaikkan untuk memastikan semangat pemain meningkat kerana apa yang saya dapat lihat pasukan Terengganu mempunyai pemain berbakat serta mampu mara ke hadapan”, katanya kepada media di Hotel Primula, Kuala Terengganu semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.

Ahmad Razif  turut memberitahu, kerajaan negeri akan mengenal pasti beberapa kelemahan lain yang ada pada pasukan itu dan sekaligus memantapkan lagi corak permainan Terengganu pada masa hadapan.

Mengenai pemain import, pihak pengurusan perlu berani dalam membuat pemilihan mendapatkan pemain benar-benar  berkaliber, berdisplin tinggi dan berkebolehan kerana sudah tentu mampu memberi impak positif terhadap mutu pasukan

“Bola sepak merupakan sukan berkumpulan, jadi keserasian dalam pasukan adalah amat diperlukan untuk mencipta kemenangan.

“Kadang-kadang pemain import yang dipilih tidak beberapa serasi dengan corak permainan pasukan, jadi tindakan pengurusanlah yang patut menggugurkan atau masih perlu dibiarkan bermain”, tambahnya. - Teganukita
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.