Kuala Terengganu: Terengganu gagal memanfaatkan peluang di gelanggang sendiri untuk mengesahkan laluan ke suku akhir Piala Malaysia apabila sekadar seri 2-2 dengan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi, sekali gus membuatkan persaingan dalam Kumpulan B masih terbuka hingga ke perlawanan terakhir minggu depan.
Skuad Penyu memecahkan kebuntuan pada minit ke-35 hasil jaringan memukau Mohd. Ashari Shamsuddin dari luar kotak penalti yang terkena palang sebelum menerjah gawang pasukan pelawat.
Namun, keterujaan kira-kira 10,000 penyokong tuan rumah tidak bertahan lama apabila dikejutkan dengan gol penyamaan Kedah oleh Baddrol Bakhtiar menerusi sepakan bebas pada minit-minit terakhir babak pertama.
Kerja keras pasukan pelawat untuk mendahului berhasil pada minit ke-68 apabila penyerang dari Korea Selatan, Namkung Woong memanfaatkan peluang hasil tendangan sudut yang diambil Baddrol.
Maruah tuan rumah berjaya diselamatkan oleh pemain gantian, Ismail Faruqi Ashaari yang menyepak masuk dari luar kotak penalti pada minit ke-78.
Ketua jurulatih Pasukan Bola Sepak Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim yakin Terengganu mampu mara ke peringkat seterusnya walaupun hanya berbaki satu perlawanan bagi merebut Piala Malaysia.
“Meskipun tewas 2-3 ketika beraksi dengan Sarawak pada perlawanan lalu, di Stadium Negeri Kuching, masih yakin untuk memperbaiki kelemahan permainan apabila bertemu dengan pasukan sama yang bakal bertandang di laman kami pada 3 September nanti.
“Saya juga akan pastikan yang barisan pemain Terengganu cergas dan bersedia untuk perlawanan ini kerana ini merupakan perlawanan penentu untuk mara ke peringkat suku akhir”, katanya kepada media, malam tadi