Info Terkini :

Manaf Mamat Mahu Beraksi Di Piala Malaysia

PENYERANG Terengganu Abdul Manaf mengimpikan untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Penyu menjelang perlawanan menentang Sarawak Khamis ini.

Pemain berusia 27 tahun itu ingin menambat hati pengendali skuad Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim bagi merealisasikan Impian itu.

Abdul Manaf memberitahu, dia perlu berusaha keras dalam latihan bagi merebut tempat dipilih menjadi penyerang menjelang perlawanan itu.

"Saya perlu melipat gandakan usaha dalam latihan untuk terpilih selaku penyerang pilihan skuad Penyu agar dapat sama-sama membantu pasukan mengharungi Piala Malaysia.

"Ini kerana semasa kempen Liga Super, saya banyak memanaskan bangku simpanan dan ingin turut memberi sumbangan dalam membantu pasukan pada edisi Piala Malaysia kali ini," katanya

Abdul Manaf memberitahu, pada saingan Liga Super, dia berjaya menyumbat empat gol.

Katanya, dia berazam menambah koleksi jaringa peribadi dalam kempen piala berprestij tanah air itu.

"Setiap jaringan yang dapat dihasilkan berjaya menyuntik moral saya untuk terus mempamerkan aksi lebih baik.

"Justeru, sekiranya diberi peluang oleh jurulatih saya akan membalas dengan sebaik mungkin di atas padan," ujarnya

Abdul Manaf berharap pasukan Terengganu mampu melangkah jauh dalam kempen Piala Malaysia kali ini. - KOSMO
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.