Info Terkini :

T-Team Tewas Kerana Kesilapan Kecil Pemain

Kuala Terengganu: Aksi tunggal Kumpulan D antara T-Team dengan Selangor berakhir dengan kekecewaan apabila The Titans ditundukkan di laman sendiri dengan jaringan, 1-2.

Ketua Jurulatih, Anuar Abu Bakar menunding jari kepada pemain dengan menyifatkan kekalahan itu disebabkan hanya kesalahan kecil daripada skuad itu.

“Kami mempunyai pemain yang berbakat, tapi ia perlu disusun kembali strategi terutama di bahagian pertahanan.

“Saya akan menyediakan satu latihan yang berbeza kepada pemain-pemain pasukan ini untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada,” katanya kepada media di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Naib juara Liga Super, Selangor berjaya meraih kemenangan berharga selepas menundukkan skuad bimbangan Anuar.

Penyerang import dari Indonesia, Patrich Wanggai membuka tirai jaringan untuk skuad The Titans pada minit ke-48 sebelum skuad Gergasi Merah bangkit dengan dua jaringan pantas, masing-masing menerusi sentuhan penyudah Andik Vermansah pada minit ke-50 dan Paulo Rangel (53′). - Teganuku
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.