Info Terkini :

Anuar Abu Bakar Mahu Pemain Pamer Aksi Terbaik

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos (Bernama) -- Ketua Jurulatih T-Team Anuar Abu Bakar mahu anak buahnya menunjukkan prestasi terbaik mereka bagi dipilih menghadapi Selangor dalam permulaan kempen Piala Malaysia pada 13 Ogos ini.

Beliau berkata beliau berharap komitmen tinggi para pemainnya semasa latihan.

"Saya ingin melihat prestasi barisan pemain untuk merebut tempat bagi mengisi kesebelasan utama dan saya mahukan kesemua pemain menunjukkan persembahan dan komitmen yang tinggi," katanya.

Beliau berpuas hati pemain muda turut menunjukkan kemahiran dan persembahan memberangsangkan semasa sesi latihan.

"Mereka juga mempunyai peluang beraksi dalam perlawanan menentang Selangor kelak," katanya.

Bagi persiapan menentang Selangor, Anuar berkata beliau akan memperkuatkan pasukan dari segi taktikal agar persefahaman pemain lebih jitu. - BERNAMA
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.