KEWIBAWAAN pengendali baharu pasukan berstatus kelab T-Team, Anuar Abu Bakar dilihat sedikit tercabar apabila gagal menghasilkan keputusan positif setelah tewas tipis 1-2 ke atas Selangor pada aksi pembuka tirai bagi Kumpulan D dalam kempen Piala Malaysia Rabu lalu.
Bagaimanapun kekalahan di laman sendiri itu tidak wajar dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap kemampuan bekas penyerang kebangsaan itu, memandangkan beliau hanya mengalas tanggungjawab selaku pengemudi skuad The Titans lima hari sebelum saingan bermula.
SAHUT CABARAN
Pujian seharusnya diberikan kepada ketua jurulatih kelahiran Muar, Johor ini kerana sanggup memikul cabaran untuk mengembalikan semula kem T-Team ke landasan terbaik dengan meletakkan sasaran mara ke suku akhir .
Mengakui terpikat untuk memikul tugas berat itu dek kerana skuad T-Team dibarisi ramai pemain berbakat dan cukup profesional dalam menghadapi apa jua rintangan yang melanda membuatkan beliau begitu berkobar-kobar berkongsi kemahiran dimiliki sepanjang bergelar pemain dan juga pengendali pasukan sebelum ini.
Realitinya, corak permainan ditampilkan anak didiknya pada aksi pembukaan tempoh hari sedikit pun tidak mengecewakan apabila skuadnya berjaya menguasai hampir keseluruhan babak pertama perlawanan dan mencipta beberapa peluang menarik di depan gawang pelawat.
Menyedari kem kendaliannya kini bergelut dengan masalah kurang keyakinan dan sering hilang fokus pada aksi sulung itu, Anuar mempunyai ramuan tersendiri bagi mengubati ‘masalah kecil’ tersebut dengan mengambil pendekatan drastik mencungkil kembali kemampuan setiap pemain menerusi siri latihan yang lebih tersusun.
ISI MASA
Berbaki lima hari sebelum pertemuan menentang Sime Darby Rabu ini, beliau akan melipatgandakan latihan dengan memberi penekanan terlebih terperinci di setiap posisi pasukan khususnya pertahanan dan serangan.
Jika dilihat dari sudut gandingan dua jentera serangan yang diketuai Jimmy Mulisa dan Patrich Steve Wanggai, pemain kelahiran Indonesia itu nyata lebih menyerlah kerana penyerang berusia 26 tahun itu tidak berdepan dengan sebarang masalah dengan rakan sepasukannya.
Malah gerakkannya bersama jentera tengah, Leandro Dos Santos tampak cukup berbisa dalam mengelirukan pasukan lawan, namun ketajamannya dalam menzahirkan jaringan seharusnya diberi perhatian lebih serius memandangkan Wanggai boleh dianggap sebagai sandaran terbaik buat T-Team di bahagian serangan pada aksi seterusnya.
LANGKAH BERANI
Bahagian pertahanan, skuadnya dibarisi pemain berpengalaman dalam kancah Piala Malaysia dan apa yang perlu diterapkan hanyalah sikap lebih peka dan sentiasa fokus terhadap ancaman lawan.
Apa yang pasti, pujian wajar diberikan buat Anuar kerana berani mengetengahkan bakat pemain muda khususnya di bahagian tengah yang menampilkan aski sulung dua tonggak Piala Presiden T-Team , Muhammad Shahrin Shapien dan juga Muhammad Sapawi Rasid yang dilihat mampu memikul tugas dengan baik.
Justeru, The Titans perlu segera melupakan kekecewaan mereka di tangan Selangor dan kembali fokus untuk bangkit meraih kejayaan pada aksi seterusnya bertemu Sime Darby dan PDRM nanti. - SINAR HARIAN