KUCHING - Tentangan hebat yang diberikan Terengganu biarpun tunduk 3-2 kepada Sarawak dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Malaysia kelmarin, mendapat pujian pengendali Bujang Senang, Robert Alberts.
Jurulatih kelahiran Belanda itu juga berpuas hati dengan usaha pemainnya biarpun mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki jika mahu melangkah lebih jauh.
Dalam masa yang sama beliau memuji skuad Penyu kerana tidak memberi laluan mudah kepada mereka.
Pada aksi di Stadium Negeri itu, Sarawak memperoleh tiga gol hasil sepakan pemain import dari Australia, Ryan Griffiths dan Chanturu Suppiah.
Sebelum perlawanan, beliau bimbang kecederaan beberapa tonggak mungkin menjejaskan peluang Sarawak, namun nyata pemain lain amat bersemangat untuk membuktikan mereka boleh beraksi baik untuk mencari kemenangan.
"Pemain kami lebih pantas dalam mengambil kesempatan menyerang kubu lawan dan menggunakan peluang itu sepenuhnya.
"Begitupun Terengganu juga wajar dipuji kerana tidak memberi laluan mudah kepada kami, malah berjaya mencuri dua gol di Kuching.
"Masih banyak yang perlu diperbaiki Sarawak jika mahu melangkah jauh, apa pun berjaya mengutip kemenangan di depan penyokong sendiri adalah sesuatu yang bagus," kata Alberts.
Mengulas mengenai kelemahan yang perlu diatasi, Alberts mengakui sedikit hampa dengan tahap persembahan kapten, Joseph Kalang Tie yang kurang memuaskan sedangkan dia berdepan banyak peluang untuk mencipta jaringan.
Bagaimanapun beliau kagum dengan tahap kecergasan pertahanan tengah, Gabor Gyepes yang tangkas meskipun baharu pulih daripada kecederaan. - UTUSAN