Info Terkini :

Skuad Penyu Perlu Beraksi Lebih Garang

Kuala Terengganu: Pemain Terengganu lambat panas? Itulah persoalan yang dilontarkan peminat setia kepada skuad Penyu itu ketika tumpas 2-3 kepada Sarawak, Khamis lalu dalam saingan Piala Malaysia Kumpulan B.

Lebih parah, bolos dengan tiga jaringan pada babak pertama perlawanan jelas menampakkan benteng yang dibina skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu begitu rapuh walaupun dibarisi beberapa pemain pertahanan kebangsaan.

Namun, bagi pemain tengah kreatif yang juga bekas pemain kebangsaan Ismail Faruqi Ashari, kekalahan kepada skuad Bumi Kenyalang bukan disebabkan pemain lambat panas sebagaimana yang diperkatakan peminat.

“Tiada kaitan kekalahan pasukan Penyu dengan pemain lambat panas, kekalahan ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan kecil dilakukan pemain yang sekali gus memberi peluang kepada skuad lawan menghasilkan tiga jaringan,” katanya.

Pandangan sama disuarakan pengurus Terengganu Marzuki Sulong. - HARIAN METRO

Bekas guru itu berkata, jika pemainnya berjaya mengekang asakan penyerang lawan terutama pada babak pertama perlawanan, Terengganu mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata ke Kuala Terengganu.
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.