Info Terkini :

Terengganu Tagih Janji Pemain Bawa Julang Satu Piala

KERAJAAN Negeri Terengganu menagih janji daripada kedua-dua pasukan bola sepak negeri itu yang bakal menggalas cabaran pada aksi Piala Malaysia untuk membawa pulang satu piala dalam saingan musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat berkata, meskipun kedua-dua pasukan sudah terlepas dua piala sepanjang saingan dalam Liga Super dan Piala FA namun harapan tinggi tetap disandarkan untuk memburu piala tersebut.

Katanya pasukan Terengganu dan T-Team masih berpeluang merebut kejuaraan dalam Kempen Piala Malaysia yang bakal membuka tirai perlawanan tidak lama lagi.

"Sasaran kita adalah untuk menjulang satu daripada piala dalam saingan liga dan kedua-dua pasukan juga telah berjanji untuk tunaikannya namun sehingga kini sebarang piala belum berjaya diraih dan ini adalah harapan terakhir untuk memburu piala keramat itu.

"Saya harap semua pemain dapat memberikan komitmen sepenuhnya dan bermain bermati-matian bagi mengotakan janji mereka," katanya.

Terengganu diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Sarawak, Perak dan Kedah manakala pasukan berstatus kelab T-Team diundi dalam Kumpulan D bersama-sama dengan Selangor, Sime Darby FC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi undian itu peluang pasukan kendalian Abdul Rahman Ibrahim dilihat lebih cerah untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi berbanding T-Team yang terpaksa berhempas pulas dengan pasukan yang
berpotensi.

"Kita telah melakukan pelaburan besar untuk kedua-dua pasukan bola sepak ini dan kita harap pelaburan itu dapat dihadiahkan dengan membawa Piala Malaysia ke Terengganu," kata Rozi.

Kali terakhir Terengganu menjuarai Piala Malaysia adalah pada 2001 setelah menewaskan Perak 2-1 pada final dan kali terakhir melangkah ke final ialah pada 2011 apabila dikecewakan oleh Negeri Sembilan dengan keputusan 1-2. - Sinar Harian
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.