Kuala Terengganu: Menjelang aksi sepak mula kempen Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya pada 13 Ogos ini, pasukan Terengganu bukan sahaja membuat persiapan rapi dalam aspek latihan, malah turun mendapat suntikan semangat apabila setiap pemain menerima kasut bola berjenama Nike dan Adidas yang dipakai bintang bola sepak di Piala dunia baru-baru ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berharap pemberian kasut bola tersebut mampu meningkatkan permainan dan semangat pemain ketika mengharungi saingan itu nanti.
Menurutnya, hadiah kasut itu adalah sumbangan peribadi pengurus pasukan yang juga Timbalan Presiden PBSNT, Marzuki Sulong untuk dipakai pemain skuad Penyu dalam saingan kempen Piala Malaysia musim ini.
"Selain kasut, pihak persatuan turun menghadiahkan baju dan kain pelekat kepada setiap pegawai pasukan termasuk pemain sebagai hadiah untuk menyambut Aidilfitri nanti.
Hadiah ini diberi di majlis berbuka puasa PBSNT bersama pegawai dan pemain skukad penyu di Hotel TH & Convention Centre Terengganu, kelmarin.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang turut menyampaikan bonus perlawanan kepada penjaring gol, pemain Terengganu pada aksi Piala FA dan Liga Super.
Dalam masa itu, mengulas mengenai pasukan bimbingan Abdul Rahman Ibrahim, Wan Ahmad Nizam menegaskan Terengganu mesti bekerja keras dalam memastikan piala berprestij tanah air tersebut dapat dijulang musim ini.
Katanya, pihaknya yakin dengan semangat juang yang ada dan percaturan yang diterapkan Abdul Rahman, tidak mustahil Piala Malaysia bakal menjadi milik Terengganu musim ini.
"Apa pun, bagi merealisasikan impian besar ini, pemain perlulah melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu kerana pusingan inilah yang akan menetunkan hala tuju pasukan untuk melangkah lebih jauh.
"Selain itu, saya juga mahu melihat penyerang import Terengganu Javier Estupinan dan Moustapha Dabo dapat meningkatkan prestasi masing-masing.