Info Terkini :

T-Team Ambil Pemain Skuad Piala Presiden

KUALA TERENGGANU - Pasukan T-Team akan menurunkan beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden bagi memperkuat pasukan dalam menempuh saingan Piala Malaysia yang bermula 13 Ogos ini.

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd. Syahrizan Mohd. Zain berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti dua pemain untuk memperkuat benteng pertahanan dan barisan tengah.

"Buat masa ini, 10 pemain skuad Piala Presiden telah menjalani saringan bersama kami. Namun setakat ini, hanya dua pemain sahaja kita kenal pasti yang terbaik akan mengisi kesebelasan utama skuad ini nanti," katanya kepada pemberita semalam.

Selain itu katanya, pasukan The Titans bimbingan Mohd Azrai Khor Abdullah juga akan diperkuatkan dengan beberapa penyerang import.

Bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan, pihak pengurusan sudah mengatur beberapa perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan, katanya.

The Titans yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka tirai saingan menentang Selangor di laman sendiri.

Selain Selangor dan T-Team, Sime Darby FC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diundi dalam Kumpulan D.

Mohd. Syahrizan berkata, sekalipun meletakkan diri sebagai pasukan underdog, T-Team menyasarkan untuk mengulangi kejayaan musim 2011, iaitu mara ke separuh akhir. - BERNAMA
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.