Info Terkini :

Skuad Penyu Elak Tersingkir Awal Di Piala Malaysia


KUALA TERENGGANU, 21 Julai (Bernama) -- Terengganu tekad untuk mengelak daripada kecundang di peringkat awal dalam saingan kempen Piala Malaysia yang akan membuka tirai 14 Ogos ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata Terengganu kini sedang meningkatkan keupayaan pasukan dan pemain.

"Kita harap satu piala terutamanya Piala Malaysia kita akan bawa pulang ke bumi Darul Iman tahun ini setelah kali terakhir dicapai tahun 2001," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PBSNT di sini malam tadi.

Wan Ahmad Nizam berkata Terenggganu yang berada dalam kumpulan B bersama-sama Perak, Kedah dan Sarawak akan memulakan kempen di tempat lawan.

Katanya Terengganu akan turun menentang Sarawak pada 14 Ogos di Sarawak dan diikuti Kedah di Kedah pada 20 Ogos sebelum melayani kedatangan Perak di Kuala Terengganu pada 23 Ogos ini.

Beliau berkata walaupun pasukan-pasukan yang berada dalam kumpulan itu hebat-hebat belaka namun Terengganu yakin akan dapat menghadapinya dengan jaya.

Dalam rangka persiapan menghadapi kejohanan berprestij itu beliau berkata Terengganu telah mengatur perlawanan persahabataan dengan Kelantan di Kota Bharu pada 23 Julai dan Felda United di sini 6 Ogos.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Nizam berkata sebenarnya pasukan Terengganu mempunyai barisan pemain yang baik dan berkebolehan dan mampu meletakkan Terengganu dipuncak.

"Dalam kempen Liga Super musim ini, prestasi kita tidaklah seburuk mana, kita menduduki di tangga keempat, ini satu pencapaian yang amat membanggakan," katanya.

Beliau berkata pasukan di bawah kendalian jurulatih Abdul Rahman Ibrahim itu telah menjalani latihan petang dan malam dalam bulan puasa ini bagi memastikan kecergasan pemain tidak luntur. - Bernama
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.