Info Terkini :

Pemain Terengganu Perlu Profesional - Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU: Terengganu tidak boleh pergi jauh dalam saingan Liga Super tahun ini jika para pemain masih bersikap tidak profesional dan tidak berdisiplin dalam 90 minit permainan, kata jurulatih Terengganu Abdul Rahman Ibrahim.

Beliau kecewa dengan persembahan anak buahnya yang tewas 1-4 di tangan Selangor, di laman sendiri malam tadi.

Katanya pemain Terengganu yang ketika ketinggalan 1-2 pada babak kedua ghairah mencari gol penyamaan, tetapi mengabaikan posisi pertahanan hingga skuad Red Giants pantas merebut peluang melakukan serangan balas dengan menyumbat dua gol lagi selang dua minit di saat akhir perlawanan (min-88 dan 90).

"Terengganu sudah ketinggalan mata berharga untuk bersaing di puncak liga. Mereka tidak bermain dengan disiplin dan profesional," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kekalahan Terengganu itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Abdul Rahman berkata Terengganu tidak sepatutnya kalah seteruk itu kerana Selangor ketika itu bermain dengan 10 orang, setelah seorang penyerangnya dilayangkan kad merah.

Terengganu kini menduduki tangga ketiga carta dengan 31 mata di belakang pendahulu liga, Selangor (37 mata) dan JDT (35 mata) setelah 18 perlawanan setakat ini. - BERNAMA
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.