Info Terkini :

10,000 Penyokong Skuad Penyu Kecewa

Kuala Terengganu: Biarpun masih berbaki empat perlawanan, namun Terengganu seakan sudah mengangkat bendera putih untuk mengejar kejuaraan liga musim ini selepas dibelasah 4-1 kepada pendahulu liga, Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Kira-kira 10,000 penyokong yang menghadirkan diri ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah nyata kecewa apabila pasukan kesayangan mereka tewas di laman sendiri dengan kekalahan besar 1-4 dengan Selangor.

Kekalahan itu juga menyebabkan skuad Penyu yang kini menghuni tangga ketiga melebarkan defisit enam mata berbanding Red Giants dan empat mata kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) berada di kedudukan kedua.

Pengendali Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim mengakui anak buahnya bermula baik pada awal permainan, bagaimanapun malang menimpa pasukannya selepas Selangor mampu mengekalkan rentak meskipun beraksi 10 pemain pada babak kedua selepas Paulo Rangel dibuang padang pada minit 46.

Katanya, pada babak kedua memberi masalah besar kepada pasukannya apabila pemainnya terlalu yakin dan terlampau mahukan jaringan sehinggakan mereka hilang tumpuan.

"Ini menunjukkan sikap yang tidak profesional, kerana sepatutnya pemain boleh beraksi dengan lebih baik sekurang-kurangnya menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan.




Banyak beri ruang

"Kita biasa bermain dalam masa tambahan, tetapi pemain memberi peluang kepada Selangor untuk menjaringkan gol pertama dan begitu juga untuk gol kedua mereka apabila perlawanan baru saja dua minit bermain babak kedua, mereka sudah menjaringkan gol.
"Ini sikap yang tidak profesional, jika berlarutan, maka pasukan ini tidak boleh pergi jauh musim ini kerana kita sudah ketinggalan mata dengan pendahulu liga, Selangor," katanya.

Pada perlawanan itu, penyerang import Selangor Rangel meletakkan pasukannya di depan menerusi tandukan hasil hantaran Abdul Hadi Yahya sebelum malang menimpa pemain kelahiran Brazil itu diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abdul Wahad selepas menyiku Mazlizam Mohamad.

Bersambung babak kedua, skuad Red Giants yang beraksi 10 pemain menambah gol kedua menerusi sepakan penalti Abdul Hadi selepas Andik Vermansyah dijatuhkan pertahanan, Azlan Zainal dalam kotak penalti minit 47.

Terengganu yang ketinggalan dua jaringan, mengasak kubu Selangor dan berpunca sepakan sudut dilakukan Zairo berjaya disudahkan Dabo untuk merapatkan defisit jaringan pada minit 51 sebelum S Venood dan S Kunanlan menjaringkan gol pada minit 88 dan 90.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman mengakui kecewa dengan sikap anak buahnya gagal menunjukkan sikap berjuang sebaliknya terlampau yakin dengan kekurangan Selangor yang bermain 10 pemain sehinggakan pemain pertahanan meninggalkan posisi. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.